DBKL tangguh larangan jual arak

DBKL tangguh larangan jual arak

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan penguatkuasaan Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK), yang tidak membenarkan penjualan arak (liquor) di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat cina, bermula esok.

DBKL dalam satu kenyataan, memaklumkan garis panduan berkuatkuasa 15 November tahun lalu dan dimuat naik di laman sesawang https://elesen.dbkl.gov.my/ menyatakan, penjualan ‘liquor’ di tiga premis berkenaan tidak dibenarkan, mulai tarikh itu.



“Walau bagaimanapun, larangan ini ditangguhkan bagi tempoh satu bulan mulai 1 Oktober (esok) hingga 31 Oktober 2021.

“Penangguhan ini bertujuan untuk memuktamadkan kajian berkaitan kawalan penjualan ‘liquor’ di Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kemudahdapatan dan aksesibiliti ‘liquor’ sudah menjadi aduan dan bantahan kerana ianya mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan orang ramai.

“Pada masa ini pemilik LMK runcit masih dibenarkan menjual minuman keras jenis liquor di kedai runcit, serbaneka, dan kedai ubat cina sehingga 31 Oktober ini,” katanya. FMT



DBKL tangguh larangan jual arak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker