23 peratus rakyat Malaysia maut akibat penyakit jantung

23 peratus rakyat Malaysia maut akibat penyakit jantung

Lebih 23 peratus rakyat dewasa di negara ini maut disebabkan penyakit jantung atau kardiovaskular berpunca daripada kencing manis, darah tinggi dan obesiti dengan trend terkini menunjukkan individu seawal umur 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.

Pakar Perunding Perubatan Keluarga Hospital UiTM, Profesor Madya Dr Suraya Abdul Razak berkata, situasi itu amat membimbangkan kerana kebanyakan pesakit tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut.



“Kalau menurut data kesihatan nasional, lebih kurang satu daripada lima rakyat Malaysia dewasa menghidap penyakit kencing manis, begitu juga dengan dengan penyakit darah tinggi lebih kurang satu daripada tiga individu mempunyai bacaan yang tinggi lebih dari 140/90.

“Jika mereka menyedari pun mereka mengambil ubat-ubatan lebih kurang hampir 40 peratus sahaja yang mempunyai kawalan yang bagus.

“Obesiti juga merupakan faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit jantung ini ia punya peratusannya kita punya rakyat dah lebih kurang satu dari tiga orang jadi ia adalah sangat membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sinar Live: Awas! Impak COVID-19 dan Kesihatan Jantung pada Rabu bersempena Hari Jantung Sedunia, yang dikendalikan moderator, Hazwan Mokhtar.

Ujar Dr Suraya, serangan jantung merupakan tanda-tanda awal bagi seseorang itu disahkan menghidap penyakit jantung dengan rasa sakit di dada seperti dihimpit sesuatu dan berkemungkinan akan sukar bernafas, loya serta pening kepala.



“Seseorang pesakit itu akan sama ada mempunyai rasa dada yang ketat dan sakit seperti dihimpit dan mungkin disertai dengan sukar bernafas, loya serta pening-pening.

“Jadi itu adalah tanda-tanda kemungkinan mereka mengalami simptom serangan jantung dan apabila darah beku daripada saluran jantung telah tersumbat maka pesakit mungkin mempunyai gejala berikut,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, trend pada masa kini menunjukkan individu seawal umur 30 tahun boleh mendapat penyakit serangan jantung.

Tambahnya, pengamalan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan olahraga merupakan cara untuk mengawal daripada menghidapi penyakit jantung.



“Selain itu, pemakanan yang tidak mengandungi garam yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, mengurangkan mengambil makanan yang manis-manis atau mengurangkan penyediaan makanan yang berminyak.

“Cepat lakukan saringan kesihatan supaya kita dapat tahu sama ada berpotensi atau tidak mempunyai tiga penyakit itu.

“Tidak merokok kerana ia boleh menyebabkan risiko sakit jantung itu meningkat. Mengawal kadar berat yang sesuai dengan tinggi (mengurangkan berat badan),” jelasnya.

Mengulas lanjut, Dr Suraya berkata, rakyat perlu menjaga jantung mereka dengan mengikuti langkah-langkah yang diberikan untuk mengelakkan daripada menghidapi penyakit tersebut.-SH



23 peratus rakyat Malaysia maut akibat penyakit jantung


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Status kerakyatan bayi: Azalina minta kerajaan berlaku adil

Namron buka baju demi sejuta pengikut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker