Parkir bergerak bertingkat di Hospital Selayang

Parkir bergerak bertingkat di Hospital Selayang

Masalah parkir penuh di hospital terutamanya di negeri Selangor dijangka dapat dikurangkan apabila sistem parkir mekanikal diperkenalkan dengan Hospital Selayang muncul hospital pertama menggunakan teknologi parkir bergerak bertingkat.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, hospital kerajaan seluruh Selangor menghadapi masalah menguruskan parkir pengunjung setiap hari.



Katanya, pengenalan sistem parkir mekanikal mampu mengatasi masalah itu sekali gus dapat memberi keselesaan serta manfaat buat pengunjung.

“Ramai pengunjung bawa kereta ke hospital dan sudah pasti parkir menjadi satu isu. Justeru, kita sudah menerima kertas kerja dan melihat cadangan parkir mekanikal.

“Kita akhirnya bersetuju satu parkir mekanikal di kawasan ini (Hospital Selayang) bagi memberi manfaat kepada pengguna,” katanya pada majlis perasmian parkir mekanikal bertingkat di Hospital Selayang, semalam.

Hadir sama pada majlis itu adalah Pengarah Hospital Selayang, Dr Afidah Ali; Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Dr Zulkarnain Mohd Rawi dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Sungai Buloh, Mohd Rizal Abdullah serta Pengarah syarikat Tago Carpark & Logistic Sdn Bhd, Mohamad Faiz Mohd Bashir.



“Pada permulaannya kita bersetuju dengan 20 menara (parkir mekanikal) meliputi 240 parkir lot akan ditambah di kawasan ini, dan dalam fasa pertama ini kita lihat ada lima menara dulu, yang memuatkan 60 parkir,” katanya.

Tambah Sha’ari lagi, inisiatif ini akan diperkenalkan di hospital-hospital lain sekitar Selangor tidak lama lagi.

“Sebagai contoh, hampir 3,000 kenderaan parkir di Hospital Serdang setiap hari. Begitu juga HTAR di Klang dan Hospital Sungai Buloh. Jadi konsep begini dapat memudahkan pengunjung yang datang ke hospital,” katanya.

Inisiatif daripada kerajaan pusat khususnya melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dianggap langkah bijak bagi mengatasi masalah parkir sejak sekian lama.



Sementara itu, Mohamad Faiz akui inisiatif dilakukan KKM itu cukup baik, malah maklum balas diterima daripada pengunjung di Hospital Selayang sejak parkir mekanikal digunakan pada 1 Jun lalu amat menggalakkan.

“Berdasarkan maklum balas pengunjung, terbukti parkir mekanikal ini dapat memudahkan mereka dan memendekkan masa pengguna yang sebelum ini terpaksa mengambil masa hampir sejam untuk mencari parkir,” katanya.

Untuk rekod, kadar bayaran parkir mekanikal ini serendah RM2 sejam dan maksimum RM14 sehari. HM

Parkir bergerak bertingkat di Hospital Selayang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli



Abby gaduh dengan Norman? (Video)

Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri



Konvoi ‘supercar’ tular halang lalu lintas disaman polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker