Kapal tentera laut karam, 33 anggota hilang

Kapal tentera laut karam, 33 anggota hilang

BANGKOK: Tentera Thailand mengerahkan kapal perang dan helikopter hari ini untuk mengesan 33 tentera laut yang hilang selepas kapal jenis korvet karam dalam laut bergelora di Teluk Thailand.

Tiga kapal tentera laut dan dua helikopter dikerah untuk mencari mangsa berhampiran wilayah Prachuap Khiri Khan di selatan Bangkok, selepas enjin kapal korvet atau kapal perang kecil HTMS Sukhothai mengalami kerosakan sebelum karam sebelum tengah malam tadi pada kedudukan 20 batu nautika dari pesisir pantai.



Menurut tentera laut Thailand berkata, misi menyelamat yang dijalankan dalam cuaca buruk sepanjang malam tadi berjaya menemukan 73 daripada 106 anak kapal, dengan baki 33 mangsa terpaksa meninggalkan kapal yang sedang karam itu.

Kapal jenis korvet (berasal daripada perkataan Perancis corvair) ialah kapal perang kecil, ringan dan mudah dikendalikan. Asalnya, ia lebih kecil daripada frigat tetapi lebih besar daripada kapal peronda pantai.

Bagaimanapun, kebanyakan reka bentuk terkini menyamai kapal frigat berkaitan saiz dan peranan.

Sebuah kapal korvet lebih kecil daripada frigat dan lebih besar daripada sloops-of-war dan biasanya mempunyai satu dek meriam.



Hampir semua tentera laut menggunakan kapal yang lebih kecil daripada frigat bagi tugas-tugas rondaan pantai, akan tetapi tidak semua menggunakan istilah korvet atau setandingnya. Pangkat Kapten Korvet diterbitkan daripada nama jenis kapal ini.

Pihak tentera laut turut memuat naik gambar dan video di akaun Twitter yang menunjukkan sekumpulan anggota yang memakai jaket penyelamat berwarna oren dalam bot angin berwarna hitam bergerak dalam gelap, dengan laut bergelora.

Sementara itu, Jurucakap Tentera Laut Thailand, Admiral Pogkrong Monthardpalin, berkata korvet Sukhotai buatan Amerika Syarikat (AS) yang digunakan sejak 1987, dilanda ombak kuat semalam, menyebabkan kapal itu condong ke satu arah sebelum dinaiki air laut.

Gambar dikongsikan pihak tentera laut menunjukkan kapal berwarna kelabu itu terpusing ke sisinya, manakala satu lagi gambar menunjukkan haluan kapal dan turet senjata timbul di permukaan air. BH



Kapal tentera laut karam, 33 anggota hilang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN



Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker