Penyokong PN ‘sakit hati’ Daim disiasat SPRM

Tun Daim Zainuddin

Sekumpulan aktivis pro-PN menggesa SPRM menyiasat sembilan individu terkemuka yang dinamakan dalam Kertas Pandora sebagai pemilik pelbagai amanah atau syarikat luar pesisir.

Timbalan Pengerusi Gerakan Menuntut Malaysia Bersih (GMMB) Syarul Ema Rena Abu Samah, yang lebih dikenali sebagai Ratu Naga, berkata persoalan mengenai pendakwaan terpilih timbul susulan siasatan SPRM terbaru membabitkan bekas menteri kewangan Daim Zainudin.

“Persoalannya, mengapa siasatan dijalankan secara selektif terhadap Tun Daim sahaja, memandangkan adalah diketahui umum bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menganggap Tun Daim sebagai musuh politiknya dan sering mengeluarkan kenyataan mengkritik beliau.

“Ini menimbulkan soal kebebasan serta integriti institusi,” katanya dalam satu kenyataan selepas membuat laporan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.



“Oleh yang demikian kami menggesa demi keadilan, dan kesaksamaan, menggesa pihak SPRM untuk turut membuka siasatan terhadap individu-individu yang disenaraikan,” kata bekas ahli PKR itu yang kini lebih dikenali dengan sesi siaran langsung TikTok bersama cybertroopers pro-PN.

Sembilan individu yang dinamakan ialah Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz; Ahli Parlimen Selayang William Leong; Timbalan Menteri Ekonomi Hanifa Hajar Taib; bekas ahli parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa; Mahmud Abu Bekir, anak Yand Dipertua Sarawak Abdul Taib Mahmud; Pengerusi Rimbunan Hijau Tiong Hiew King dan saudaranya Tiong Ik King; serta pengerusi Kumpulan Genting Lim Kok Thay.

Syarul Ema turut memetik kenyataan SPRM pada 30 Dis tahun lepas, menyatakan ia telah mula menyiasat Daim pada Februari, berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora.

Kertas Pandora merupakan dokumen tanpa nama melibatkan 2.94 terabait fail kewangan sulit yang diperoleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) – dikongsi dengan rakan kongsi termasuk Malaysiakini pada akhir 2021.



Kertas Pandora terdiri daripada lebih 11.9 juta dokumen dan rekod lain daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang menubuhkan dan mengurus amanah atau syarikat cengkerang di kawasan bebas cukai di seluruh dunia.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker