Penjenayah rempuh anggota polis lari dari ditahan

Keadaan Proton Wira yang dinaiki suspek terbabas selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Penajis, Rembau semalam. (Gambar PDRM)

REMBAU: Seorang wanita ditahan manakala tiga lelaki sedang diburu selepas melarikan diri daripada pemeriksaan unit kereta peronda MPV polis di Kampung Relong, Penajis, di sini, semalam.

Ketua Polis Rembau, Hazri Mohamad, berkata kejadian berlaku semasa anggota MPV menjalankan rondaan di tepi jalan di hadapan Masjid Penajis, Kota pada 12 tengah hari.

“Polis cuba menahan kenderaan suspek Proton Wira untuk pemeriksaan namun kenderaan itu terus memecut ke arah Kampung Relong Penajis lalu sampai di hujung jalan kampung dan mendapati ia adalah jalan mati.

“Suspek membuat pusingan U dan dalam masa sama seorang anggota polis kemudian cuba menahan namun kenderaan itu merempuh anggota polis sehingga terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata susulan itu kereta suspek terbabas masuk ke tebing sebelah kiri jalan kemudian pemandu serta dua lelaki keluar melarikan diri ke arah belukar namun seorang wanita dapat ditangkap.

Hazri berkata suspek wanita berusia 31 tahun itu dibawa ke IPD Rembau untuk siasatan lanjut manakala tiga lagi suspek masih diburu dengan dua daripadanya berusia 26 dan 31 tahun.

Menurutnya, seorang lagi suspek masih belum dikenal pasti identitinya, sementara seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengalami luka kecil di bahagian siku.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing



Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker