Cabar keputusan PRU15 Parlimen Gua Musang, Ku Li gagal di mahkamah

 

KOTA BHARU – Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi parlimen tersebut.

Keputusan tersebut diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Roslan Abu Bakar selepas mendapati kesemua tiga alasan yang dikemukakan oleh pihak pempetisyen iaitu Mohd. Azmi Mahmood, adalah cacat dan tidak matang dalam bantahan awal terbabit.



Sehubungan itu, Roslan memerintahkan Mohd. Azmi selaku wakil kepada Tengku Razaleigh membayar kos sebanyak RM25,000.

Roslan berkata, tempoh tarikh petisyen yang difailkan oleh Mohd. Azmi didakwa telah melebihi had masa ditetapkan selama 28 hari di bawah Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Alasan kedua adalah peguam pempetisyen tidak mematuhi undang-undang yang juga ditetapkan di bawah akta yang sama.

“Selain itu, pempetisyen turut tidak mempunyai penjelasan yang kukuh bagi menyokong dakwaan sogokan dan rasuah pilihan raya yang terkandung dalam petisyen sebagai cacat, defektif dan tidak sah,” katanya.



Menurut Roslan, fakta itu juga tidak mempunyai butiran rasuah atau sogokan, termasuk tiada maklumat penerima dan tiada fakta lengkap mengenai pemberi rasuah.

Dalam prosiding itu, Mohd. Azmi diwakili barisan peguam yang diketuai Datuk Abu Bakar Isa Rahmat, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff dan Norhazira Abu Hayyan.

Pihak respondan iaitu Mohamad Azizi pula diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud, Nik Bahrum Nik Abdulllah, Yusfarizal Yusoff dan Mohd. Faizi Che Abu.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Mohd. Azmi yang mewakili Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi di sini bagi mencabar keputusan PRU15 bagi Parlimen berkenaan pada 3 Januari lalu.



Dalam petisyen itu, Mohd. Azmi menerusi barisan peguam menamakan tiga responden iaitu Mohd. Azizi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ab. Fatah dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Mohamed Baharudeen yang mewakili Mohd. Azmi berkata, petisyen berkenaan dilakukan supaya keputusan PRU15 bagi Parlimen Gua Musang dibatalkan dan menggesa SPR mengadakan pilihan raya kecil bagi Parlimen itu.

Pada PRU15, Ku Li yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Gua Musang selama lebih 10 penggal tewas tipis kepada calon PN, Mohd. Azizi yang memperoleh majoriti sebanyak 163 undi.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)



Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker