Lelaki disyaki bakar rumah Ngeh didakwa esok

IPOH: Lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham, akan dituduh di Mahkamah Majistret Seri Manjung, esok.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama untuk mengetahui sama ada suspek akan dituduh esok.

Terdahulu, Yusri memaklumkan tempoh reman lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan jenayah itu disambung sehari lagi sehingga esok.



Yusri berkata pihaknya terus menyiasat untuk mengetahui sejauh mana penglibatan suspek dalam kes itu, selain hasil siasatan forensik kebakaran yang dilakukan Jabatan Bomba juga akan diambil kira dalam penyiasatan berkenaan.

Sebelum ini, lelaki berusia 30-an yang ditahan di Shah Alam, Selangor pada 12 Jan lepas, ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Dalam kejadian awal pagi 10 Jan lepas, rumah Ngeh di Ayer Tawar dipercayai dilontar dengan “molotov cocktail” menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton



Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario



Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker