PRK Pelangai: Yang penting BN kena menang – Ismail Sabri

PRK Pelangai: Yang penting BN kena menang – Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa agar ahli UMNO memastikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) yang mewakili UMNO, Datuk Amizar Abu Adam di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Jelas bekas Perdana Menteri itu lagi, soal siapa yang dicalonkan sebagai calon parti dalam PRK itu tidak penting kerana beliau adalah calon yang mewakili parti.



“Dia (Amizar) bertanding atas parti kita, dia bukan bertanding sendiri atas diri dia, calon ini mewakili parti jadi kita sebagai ahli parti mestilah menyokong calon daripada parti kita.

“Siapa sahaja yang dicalonkan tidak penting,yang penting adalah mereka mewakili parti kita, kalau calon kita kalah dalam PRK nanti, bukan calon itu sendiri kalah tetapi seluruh parti akan kalah.

“Imej parti akan tercemar kerana calon itu kalah maknanya ianya merangkumi benda yang besar, bukan setakat individu kalah tapi yang lebih besar kekalahan kepada parti,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu 2023, hari ini.

Bekas Naib Presiden UMNO itu diminta mengulas mengenai kemelut yang melanda PRK DUN Pelangai apabila Pemuda UMNO Bentong, Haslihelmy nekad bertanding atas tiket bebas.



Haslihelmy mendakwa langkah itu sebagai protes kepada pemilihan Amizar sebagai calon BN bagi PRK tersebut.

Tambah Ismail Sabri lagi, BN tidak mempunyai pilihan, selain menang di PRK DUN Pelangai kerana ia melibatkan pengukuhan kedudukan parti itu di DUN Pahang.

“Saya harap PRK DUN Pelangai kita pastikan kemenangan calon kita, kalau tidak akan jadi 16 kerusi DUN di BN, dulu 17-17 sekarang kalau kalah hilang satu kerusi, kita tinggal 16-18 kerusi DUN.

“Maknanya kita kalah dengan PN, 18-16, kalau kita menang kita kembali ke kerusi asal,” katanya lagi.



Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau akan turut turun padang bagi berkempen semata-mata untuk memenangkan Amizar.

“Esok saya akan turun kempen, saya kan fokus kepada FELDA,” jelasnya lagi.

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila Haslihelmy menggunakan simbol kereta menentang dua lagi calon iaitu Amizar dan Kasim Samat daripada Perikatan Nasional (PN) pada 7 Oktober nanti.

PRK Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.



Pada PRU-15, Johari menang kerusi itu dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon PN, Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi). MG

PRK Pelangai: Yang penting BN kena menang – Ismail Sabri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina



Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker