Mahfuz persoal YADIM gajikan 12 pegawai di JPM

Mahfuz persoal YADIM gajikan 12 pegawai di JPM

Putrajaya diminta menjelaskan tindakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menggajikan 12 pegawai di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semasa pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) membidas tindakan YADIM dan menyifatkan ia sebagai pembaziran berikutan Menteri Agama sudah diperuntukkan pegawai sendiri oleh kerajaan.



“YADIM telah menggajikan 12 orang pegawai di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu untuk Menteri Agama dan juga timbalannya.

“Apa perlu sampai 10 orang pegawai untuk Menteri Agama dan dua pegawai untuk Timbalan Menteri Agama untuk digajikan oleh YADIM.

“Ini seharusnya tidak patut berlaku. Tidak cukup lagi ke pegawai sedia ada diberikan kepada menteri,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat.

Mahfuz turut mendakwa peruntukan itu tidak adil kerana YADIM perlu membayar RM345,000 setahun untuk gaji 12 pegawai tersebut.



Katanya, sudah sampai masa kerajaan mengurangkan bilangan anggota dalam agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam negara.

“Ini untuk kurangkan pembayaran yang tidak berikan atau mendapatkan pulangan yang baik daripada pengendalian agensi ataupun GLC yang ada,” katanya. FMT

Mahfuz persoal YADIM gajikan 12 pegawai di JPM


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker