ABPBH 35: Janna Nick bolos tiga kategori

ABPBH 35: Janna Nick bolos tiga kategori

Menjaga hubungan baik dengan peminat menjadi formula artis serba boleh, Janna Nick untuk terus relevan dalam industri seni.

Janna yang bolos Top 5 dalam tiga kategori pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, menjalin hubungan baik dengan peminat termasuk mereka yang bernaung di bawah Kelab Janna Nickers.



“Seperti edisi lalu, saya tiada strategi (untuk bersaing di platform ABPBH). Sebaliknya, saya hanya menjaga hubungan baik bersama peminat dan Kelab Janna Nickers.

“Bukan hanya ketika ABPBH dianjurkan, saya sentiasa jaga ukhwah bersama peminat kerana sudah anggap mereka sebahagian daripada hidup saya,” katanya kepada BH Online.

Pada ABPBH 35, Janna bersaing dalam kategori Aktres Filem Popular, Pengacara TV Popular dan single dendangannya, Gatal, bolos kategori Lagu Paling Boom.

Janna yang diumumkan Bintang Paling Popular ABPBH 34 pada 2021 bagaimanapun tidak meletakkan harapan untuk mengulangi kejayaan sama.



Sebaliknya, Janna menyerahkan semuanya kepada rezeki.

Mengulas kejayaan lagu Gatal yang membolosi kategori Lagu Paling Boom, Janna berkata, pencapaian itu dianggap kejayaan besar buat dirinya.

“Pastinya saya mahu kemenangan untuk single Gatal kerana lagu itu dikenali di seluruh dunia.

“Namun, semua ini berdasarkan undian. Apa sahaja keputusannya, saya terima dengan hati terbuka,” katanya. BH



ABPBH 35: Janna Nick bolos tiga kategori

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?



Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis



Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker