Wanita kahwin dengan lembu disangka jelmaan mendiang suami

Wanita kahwin dengan lembu disangka jelmaan mendiang suami

PHNOM PENH: Seorang wanita berusia 74 tahun di Kemboja dilaporkan berkahwin dengan seekor lembu selepas mempercayai haiwan itu merupakan jelmaan suaminya yang sudah meninggal dunia.

Lapor The Sun, Khim Hang dari wilayah Kratie berkata, dia berkahwin dengan lembu tersebut selepas mendapati haiwan itu melakukan beberapa perkara yang sama seperti dilakukan oleh mendiang suaminya, Tol Khut.



“Saya percaya lembu ini merupakan jelmaan suami saya kerana apa sahaja dilakukannya adalah sama dengan dilakukan oleh Khut ketika dia masih hidup.

“Saya dapat merasakan roh suami saya ketika berada bersama lembu itu.

“Ini semua cukup menyakinkan bahawa Khut dilahirkan semula sebagai lembu,” katanya kepada Reuters.

Sebuah video menunjukkan Hang `hidup sebumbung’ dengan lembu itu, menjadi tular dalam laman media sosial.



Upacara perkahwinan Hang tidak dipaparkan dalam video tersebut namun kebanyakan penduduk kampung mendakwa majlis itu telah berlangsung.

Dalam video tersebut, Hang kelihatan sedang membawa lembu itu naik ke tingkat atas rumahnya.

Hang kemudian memandikan lembu itu dan membenarkannya berada atas tilam yang digunakan mendiang suaminya.

Sementara itu, anak lelaki Hang berkata, dia juga mempercayai kata-kata ibunya kerana dapat merasakan `roh bapanya’ dalam haiwan itu.



“Saya sentiasa memastikan lembu itu tidak berkeliaran jauh dari rumah,” katanya. Utusan

Wanita kahwin dengan lembu disangka jelmaan mendiang suami


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)



Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker