Britain lulus penggunaan vaksin Valneva yang lebih berkesan, tahan lama

LONDON – Agensi Kawal Selia Ubat dan Produk Penjagaan Kesihatan Britain (MHRA) meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keenam di negara berkenaan, lapor akhbar Metro News UK  semalam.

Dinamakan Valneva, vaksin yang dihasilkan farmaseutikal Perancis itu dipercayai lebih berkesan melindungi badan daripada jangkitan virus Covid-19 dan untuk tempoh lebih lama berbanding vaksin lain.

Britain adalah negara pertama di dunia yang memberi kelulusan kepada penggunaan vaksin tersebut.



Ia diluluskan untuk penggunaan oleh mereka yang berumur 18 tahun hingga 50 tahun dengan dos pertama dan kedua diambil sekurang-kurangnya dalam sela masa 28 hari.

Menurut Jurnal Perubatan British (BMJ),  Valneva boleh menarik minat mereka yang teragak-agak tentang penghasilan vaksin semasa kerana menggunakan teknologi baharu.

Vaksin Valneva sebaliknya menggunakan kaedah yang lebih ‘konvensional’, kata BMJ.

Ia adalah vaksin nyahaktif virus pertama yang berjaya mendapatkan kelulusan MHRA.



Proses sama  telah digunakan secara meluas dalam pengeluaran vaksin selesema dan polio.

“Sebagai vaksin nyahaktif virus, ia mungkin lebih berkesan dalam tempoh lebih lama apabila lebih banyak varian muncul daripada vaksin yang menyasarkan lonjakan protein ciri-ciri SARS-CoV-2,” tulis BMJ.

Valneva menyatakan bahawa ujian klinikal  pada tahun lepas menunjukkan vaksin itu menghasilkan tindak balas imunisasi lebih kuat dan kurang kesan sampingan berbanding vaksin AstraZeneca.

Syarikat bioteknologi Perancis itu berkata, vaksin mereka menghasilkan antibodi terhadap  varian Delta dan Omicron. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker