Anwar, Najib akan adakan sidang media bersama

Anwar, Najib akan adakan sidang media bersama

Najib Razak dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah mempunyai tarikh untuk mengadakan perdebatan dengan berhubung isu Sapura Energy.

Perkara itu dimaklumkan wakil Najib, Isham Jalil yang turut memberitahu bahawa sidang media mengenainya akan diadakan dalam masa terdekat.



“Saya ingin memaklumkan bahawa kami dan pihak Datuk Seri Anwar telah bersetuju dengan satu tarikh untuk debat di atas (Debat Najib- Anwar) dan tarikh ini.

“Perkara-perkara berkaitan yang lain akan diumumkan bersama iaitu pihak Datuk Seri Najib dan pihak Datuk Seri Anwar dalam suatu sidang media bersama yang akan diadakan pada hari esok atau lusa,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, petang ini.

Debat antara Najib dan Anwar tercetus apabila Rafizi Ramli pada awalnya mencabar ahli parlimen Pekan untuk berdebat mengenai kemelut Sapura.

Menjawab cabaran Rafizi, Najib melontarkan cabaran untuk berdebat dengan Ketua pembangkang itu.



Pada 4 April lalu, Anwar menerima cabaran Najib untuk berdebat mengenai usaha menyelamatkan (bail out) syarikat Sapura Energy.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Anwar berkata dia pernah mencabar Najib sejak sedekad lalu namun ia tidak bersambut.

“Saya bersedia untuk berdepan dan berdebat demi negara dan rakyat pada bila-bila masa dengan Najib,” katanya.

Dalam reaksi segeranya, Najib berkata dia setuju untuk berdebat dengan Anwar.



“Game on. Saya setuju debat dengan Anwar. Let’s rock!

“Saya minta pasukan Anwar dan Rafizi aturkan dengan media sekiranya ada yang berhasrat untuk siarkan secara langsung,” katanya di Facebook. Mk

Anwar, Najib akan adakan sidang media bersama


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker