Nik Ezanee mahu kembali bertugas di lapangan

Nik Ezanee mahu kembali bertugas di lapangan

JURUIRING polis kepada Perdana Menteri, SAC Nik Ezanee Mohd Faisal menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan itu dan kembali ke dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 April lalu selepas pulang dari Jakarta, Indonesia.



Malah, katanya, Ismail Sabri juga bersetuju dengan keputusan tersebut.

“Selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri pada 2 April lalu, saya juga membuat permohonan pertukaran dalam sistem penjawatan PDRM dan buat masa sekarang masih lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri,” katanya seperti dilapor Astro Awani hari ini.

Nik Ezanee berkata, beliau ada memaklumkan mengenai permohonan pertukaran itu kepada Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass.

Selain itu, katanya, hasrat pertukaran tersebut dibuat selepas dia mengambil kira pengalaman dan kebolehan yang ada untuk dicurahkan kepada entiti seperti PDRM serta rakyat Malaysia.



“Berhubung keputusan ini, saya merasai pengalaman dan kebolehan saya ini boleh saya sumbangkan kepada PDRM. Pengalaman yang ada mungkin boleh menambah baik pasukan PDRM.

“Buat masa ini, tiada sebarang keputusan mengenai permohonan itu dan saya sedia berkhidmat di lapangan,” katanya.

Pada 21 Disember 2021, Nik Ezanee yang memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor antara lima pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Nik Ezanee dilantik sebagai juruiring polis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Jabatan Perdana Menteri. E9



Nik Ezanee mahu kembali bertugas di lapangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker