Ismail Akur Ketetapan MT UMNO Mengenai MoU

Ismail Akur Ketetapan MT UMNO Mengenai MoU

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk tidak meneruskan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) selepas tamat pada 31 Julai ini.

Sebagai naib presiden UMNO, Ismail Sabri berkata beliau tertakluk kepada keputusan yang dibuat MT UMNO.

Semalam MT UMNO memutuskan MoU antara kerajaan Persekutuan dan PH yang berakhir 31 Julai ini, tidak diteruskan lagi.



Pada 13 Sept 2021, kerajaan memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani Ismail Sabri bersama ketua-ketua parti PH iaitu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP ketika itu Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

“Semalam keputusan dah dibuat iaitu sampai 31 Julai dan setakat semalam MT mengatakan tidak perlu sambung MoU ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Coopmart dan Coop Community Mart (CCM) Koperasi Pudina Putrajaya Bhd, di sini hari ini.

“Kalau ada perubahan apa-apa, MT akan bincang semula,” tambah Ismail Sabri.

MoU itu antaranya merangkumi pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.



Pada 10 Mac lepas, Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU tersebut, Anthony Loke dilaporkan berkata pembangkang bersedia meneruskan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik dengan kerajaan Persekutuan selepas 31 Julai.

Beliau yang kini Setiausaha Agung DAP berkata pembangkang tiada masalah untuk meneruskan MoU itu, lebih-lebih lagi selepas pindaan Perlembagaan berkaitan undang-undang antilompat parti diluluskan nanti. Umno Online

Ismail Akur Ketetapan MT UMNO Mengenai MoU


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker