Perjuangkan hak rakyat Palestin, bukan kutuk Israel sahaja

Perjuangkan hak rakyat Palestin, bukan kutuk Israel sahaja

Tindakan mengutuk Israel sahaja tidak mencukupi, malah, semua pihak perlu mencari jalan untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin dan negara itu yang merdeka.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, justeru, Malaysia berpendirian agar Jawatankuasa Enam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Palestin perlu memberi tekanan sistematik dan berterusan kepada Israel di atas jenayah kemanusiaan, diskriminasi, penindasan yang kejam dan dasar apartheid yang dilakukan terhadap mereka selama ini.



“Malaysia berpandangan isu Palestin perlu diperhalusi dengan serius dan pembelaan yang adil perlu dilakukan.

“Marilah kita terus menyokong kerja dan mandat Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dalam memastikan nasib saudara kita di Palestin dijaga dengan baik,” katanya dalam Facebook beliau.

Beliau menyampaikan pendirian itu ketika menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Enam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat.

Menurut Zambry, beliau dalam mesyuarat sama juga mengesahkan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap perjuangan Palestin dan komitmen negara terhadap agenda OIC, khususnya mengenai Al-Aqsa dan Palestin.



“Dalam mesyuarat ini, saya mengambil peluang untuk menzahirkan kebimbangan Malaysia terhadap kekejaman rejim Israel ke atas rakyat Palestin dan menyeru agar Keluarga besar OIC serta masyarakat antarabangsa menentang penindasan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Sementara itu, Zambry berkata, Malaysia mengemukakan lima pelan tindakan untuk diambil bagi menyelesaikan krisis warga Rohingya dan antaranya menekankan kepentingan penghantaran pulang mereka secara selamat, sukarela dan bermaruah.

Katanya, antara cadangan lain adalah OIC perlu bekerjasama dengan ASEAN dan UN berhubung isu berkenaan dan negara-negara anggota kena terus menyumbang kepada dana OIC untuk Rohingya serta memastikan kemudahan pendidikan bagi Muslim Rohingya.

Selain itu katanya, negara anggota perlu menegaskan kepada kerajaan Myanmar untuk mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan resolusi yang telah diterima pakai.



“Ini hanya sebahagian daripada cadangan dan gerakan yang boleh dilakukan bagi membantu hak rakyat Rohingya dapat dijaga dan setiap perancangan penyelesaian yang dirancang oleh OIC tidak memudaratkan mana-mana pihak terlibat,” katanya dalam Mesyuarat Kumpulan Perhubungan OIC mengenai Minoriti Muslim Rohingya di Myanmar yang berlangsung di UNGA. Utusan

Perjuangkan hak rakyat Palestin, bukan kutuk Israel sahaja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?



Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker