Dah macam kartel dadah Mexico

Dah macam kartel dadah Mexico

Johor Bahru: Tiga beradik adalah antara sembilan individu yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah sejak Mei lalu.

Semua sembilan suspek itu ditahan membabitkan enam lelaki dan tiga wanita yang diberkas dalam empat serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru, Seri Alam dan Kota Tinggi, antara jam 2 pagi hingga jam 9.30 pagi semalam.



Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan dijalankan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Johor.

Katanya, polis berjaya menahan tiga beradik membabitkan seorang lelaki dan dua wanita itu serta enam individu lain sebelum merampas dadah, senjata api dan rokok.

“Modus operandi sindiket ini adalah dengan menyewa beberapa rumah untuk dijadikan stor simpanan dadah sebelum mengedarkannya ke pasaran tempatan.

“Dadah yang dirampas adalah 28 ketulan mampat ganja seberat 27.55 kilogram (kg), empat paket heroin (1.81 kg), enam paket syabu (2.02 kg), sepaket ketamin (597 gram), 540 biji pil yaba (81 gram) dan 353 bijil pil ekstasi (106 gram).



“Semua dadah yang dirampas bernilai RM231,462.40 dan dipercayai diperoleh dari utara negara ini. Sindiket menyasarkan jualan untuk pasaran tempatan seperti di kawasan kampung dan Felda,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, tadi.

Menurutnya, selain dadah, polis turut merampas lima pucuk senjata api pelbagai model 136 butir peluru dan 111 karton rokok seludup selain menyita motosikal, empat kereta pelbagai jenis, enam barang kemas pelbagai jenis serta wang tunai berjumlah RM126,000.

“Kami akan menyiasat bagi mengenal pasti sama ada terdapat tembakan yang pernah dilepaskan daripada semua senjata api yang tulen ini.

“Semua nilai barangan yang disita bernilai RM305,200 menjadikan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan bagi operasi ini sebanyak RM536,662.40,” katanya.



Katanya, semua suspek yang berusia antara 22 hingga 36 tahun itu kini direman selama enam hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971, Seksyen 33 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. HM

Dah macam kartel dadah Mexico

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?



Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker