Pembangkang tak hantar surat mohon peruntukan pun – Fadillah

Pembangkang tak hantar surat mohon peruntukan pun – Fadillah

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof mendedahkan sehingga kini Ahli Parlimen pembangkang tidak menghantar surat memohon peruntukan, di sebalik pelawaaan kerajaan.

“Dia orang tidak ada hantar surat permohonan sampai sekarang,” katanya kepada FMT.



Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas Ahli Parlimen pembangkang yang menuntut peruntukan wakil rakyat tetapi enggan berbincang dengan kerajaan bagi merealisasikan perkara itu.

Mengingatkan bahawa perbincangan sama pernah dilakukan ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, Anwar berkata kerajaan melantik Fadillah untuk perbincangan tersebut. Fadillah adalah pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dari Sarawak.

Sebelum ini, kerajaan menegaskan ia secara dasar bersedia memberikan peruntukan kepada pembangkang namun hanya membabitkan perbelanjaan berkaitan hal pentadbiran.

Terdahulu, Anwar menegur dakwaan bahawa pembangkang tidak menerima sebarang peruntukan. Beliau mendedahkan Parlimen Keterah menerima 61 projek persekutuan bernilai RM2.12 juta.



Parlimen Sik pula menerima 73 projek bernilai RM3.7 juta.

Wakil rakyat Ketereh adalah Khlir Mohd Nor manakala Ahmad Tarmizi Sulaiman mewakili Sik.

Anwar turut meminta pembangkang menyatakan isu dengan jelas bahawa persoalan mereka berkaitan peruntukan untuk Ahli Parlimen, dan bukan peruntukan untuk pembangunan. FMT

Pembangkang tak hantar surat mohon peruntukan pun – Fadillah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)



La Luna ada unsur soft porn?

Bapa Mondy minta maaf



Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker