Waris kanak-kanak ditemui mati dalam beg pakaian berada di Korea Selatan

Waris kanak-kanak ditemui mati dalam beg pakaian berada di Korea Selatan

SEOUL – Seorang wanita yang dipercayai mempunyai ikatan persaudaraan dengan dua kanak-kanak mangsa pembunuhan di New Zealand kini berada di Korea Selatan, kata polis Seoul kepada agensi berita AFP hari ini.

Minggu lalu, polis New Zealand menyatakan bahawa pihaknya menemui mayat dua kanak-kanak berkenaan di dalam dua beg pakaian, manakala mereka dipercayai berusia antara lima hingga 10 tahun semasa meninggal dunia.



Mayat mereka ditemui selepas sebuah keluarga membeli muatan sebuah treler termasuk dua beg pakaian tersebut dalam satu lelongan barangan lusuh.

Polis New Zealand berkata, mayat mangsa mungkin disimpan selama beberapa tahun, mengakibatkan siasatan terhadap jenayah itu bertambah rumit.

Menurut polis, seorang wanita berketurunan Korea yang dipercayai mempunyai pertalian dengan dua kanak-kanak itu kini berada di Korea Selatan.

“Kami mengesahkan bahawa dia berada di Korea Selatan dan dia merupakan rakyat New Zealand berketurunan Korea,” kata seorang pegawai Agensi Polis Kebangsaan Korea kepada AFP.



Dia tiba di Korea Selatan pada 2018 dan tidak mempunyai rekod meninggalkan negara itu sejak tahun tersebut.

“Polis New Zealand mengetuai siasatan ini dan kami berhasrat untuk bekerjasama atas permintaan mereka,” tambah pegawai berkenaan.

Polis telah memeriksa rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) selama berjam-jam, tetapi detik-detik penting mungkin telah dipadam kerana tempoh begitu lama antara kematian mangsa dan penemuan mayat mereka.

Pihak berkuasa di New Zealand mengulangi pada minggu lalu bahawa keluarga yang menemui kedua-dua mayat itu tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan mereka. K Online



Waris kanak-kanak ditemui mati dalam beg pakaian berada di Korea Selatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Apa jadi dengan kertas siasatan Hakim Nazlan?



Najib lafaz sumpah laknat

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker