Tendang, tumbuk isteri kerana ditanya kenapa lewat pulang

Tendang, tumbuk isteri kerana ditanya kenapa lewat pulang

MUAR: Hanya kerana bertanya mengapa pulang lewat, seorang isteri mengalami lebam di lengan selepas ditendang dan ditumbuk oleh suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Seri Menanti di sini, pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika suspek berusia 34 tahun yang bekerja kampung baru pulang ke rumah sebelum isterinya bertanyakan mengapa pulang lewat.



Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata suspek siasatan awal mendapati suspek secara tiba-tiba memarahi dan meninggikan suara terhadap isterinya berusia 32 tahun supaya tidak masuk campur.

Beliau berkata, pertanyaan itu mengundang kemarahan suspek sebelum bertindak memukul isterinya dengan menendang belakang badan serta menumbuk lengan kiri.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di lengan kiri sebelum membuat laporan di Balai Polis Parit Jawa pada hari kejadian. Suspek kemudiannya ditahan pada jam 2 pagi tadi untuk siasatan lanjut kerana mendatangkan kecederaan terhadap isterinya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.



Raiz Mukhliz berkata, siasatan juga mendapati suspek pernah beberapa kali memukul isterinya sebelum ini.

Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk mendapat perintah reman.

Majistret Norfarah Syahidah Mohd Noh kemudian membenarkan reman selama empat hari ke atas suspek bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. HM

Tendang, tumbuk isteri kerana ditanya kenapa lewat pulang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker