Restoran diserbu, pekerja pula tiada

Restoran diserbu, pekerja pula tiada

GEORGE TOWN – Selain industri perhotelan di negeri ini yang berdepan dengan masalah kekurangan tenaga pekerja, industri makanan khususnya di restoran-restoran nasi kandar turut dibelenggu masalah sama sejak beberapa bulan lalu.

Jumlah pengunjung dari luar Pulau Pinang yang meningkat menyebabkan restoran-restoran nasi kandar terus diserbu pelancong, namun masalah keku­rangan tenaga­ kerja yang sehingga kini masih belum dapat diselesaikan menggusarkan para pemilik restoran.



Presiden Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia, Mohamed Rizdwan Abdul Ghafoor Khan berkata, sebelum ini pihaknya pernah menyuarakan isu yang sama, namun masih belum ada jalan penyelesaian daripada kerajaan.

Ujar beliau, pihaknya berharap kerajaan dapat membantu mempercepat urusan kemasukan semula pekerja asing dalam sektor makanan bagi memboleh­kan industri tersebut kembali beroperasi seperti biasa.

“Pemilik restoran nasi kandar setiap hari menanti berita sama ada mereka sudah boleh memohon pekerja asing atau tidak.

“Kekurangan tenaga pekerja semakin meruncing terutama menjelang cuti hujung minggu dan ia dijangka memuncak ketika bulan Disember nanti di mana cuti persekolahan serta cuti pe­rayaan akan bermula,” katanya di sini semalam.



Menurutnya, pada masa ini pekerja sedia ada tidak mampu menampung jumlah pengunjung yang datang untuk menjamu selera di restoran nasi kandar.

“Pada masa ini seorang pekerja­ di restoran nasi kandar perlu melakukan sekurang-kurangnya tiga tugas lain kerana masalah kekurangan pekerja.

“Jadi ia mengakibatkan kepantasan dan kecekapan di bahagian penyediaan makanan terganggu serta menyebabkan pelanggan terpaksa beratur dengan lebih lama,” katanya. K Online

Restoran diserbu, pekerja pula tiada




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker