Walaupun Mat London muka serius, taporangnya kelakar

Bekas isteri pelakon dan pengarah, Allahyarham Mat London, Fadilah Mansor memaklumkan arwah adalah seorang individu yang kelakar di sebalik wajah yang penuh serius.

Kongsinya, banyak pengalaman manis dan pahit ketika bergelar sebagai suami dan isteri dahulu yang akan tinggal menjadi kenangan.

“Banyak kenangan sejak dari awal mulakan hidup bersama. Arwah memang seorang yang baik.



“Muka dia nampak serius, tapi sebaliknya dia adalah seorang yang kelakar,” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati, Ulu Klang, di sini hari ini.

Fadilah berkata, dia dan anak perempuan, Alia Farhani serta anak-anak arwah dengan isteri pertama sudah berkumpul di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak awal pagi tadi, selepas doktor memaklumkan Mat London sudah nazak.

Katanya, keadaan arwah sudah kritikal dan doktor menasihati kami supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Dari pukul 2 pagi kami sudah berada di hospital sehingga pukul 4.30 pagi. Masa itu ahli keluarga lain juga sudah ramai berkumpul. Jadi, saya pun balik dulu dan ingin buat persiapan sepatutnya.



“Selepas itu memang anak sulung lelaki (anak isteri pertama) yang menunggu dan berada di sisi bapanya. Betul-betul selepas azan Subuh, dia maklumkan arwah sudah meninggal dunia,” katanya.

Mat London atau nama sebenarnya Ahmad Ibrahim, 74, meninggal dunia pada pukul 5.57 pagi, hari ini akibat komplikasi pelbagai penyakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur.

Mat London turut dikenali sebagai pelakon menerusi drama bersiri Kampong Pisang Bersiri-Siri arahan Allahyarham Mamat Khalid membawa watak Pak Karim.

Fadilah bercerai dengan Mat London pada 2012 dan mempunyai dua anak, Alia dan Faeesal Asuwat.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah



Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih

Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda



Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker