Kelantan FC jadi lauk gelanggang sendiri oleh JDT

Johor Darul Ta’zim mengukuhkan kuasanya dalam Liga Super dan memburukkan lagi keadaan Kelantan FC apabila membedil The Red Warriors (TRW) 5-0 sebentar tadi.

Keputusan itu mengekalkan rekod bersih Harimau Selatan kepada 17 kemenangan berturut-turut.

Kelantan FC yang beraksi di depan calon pemilik baharu, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida sebaliknya mengalami kekalahan liga ke11- berturut-turut untuk kekal di tangga tercorot.



Dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, skuad kendalian Alfredo Vera yang rata-rata dibarisi pemain muda berusaha memberikan tentangan kepada Harimau Selatan

Gol pertama, JDT hadir pada minit kelapan menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti oleh Fernando Forestieri yang melepasi jangkauan penjaga gawang TRW, Muhammad Johan Shazidane Tendot Johari Tendot.

JDT terus menggandakan jaringan kedua pada minit ke-22 menerusi tandukan Oscar Arribas selepas menyudahkan lambungan Juan Gallego.

Skuad muda Kelantan FC berjaya bangkit selepas itu menerusi beberapa serangan menarik namun dihampakan oleh ketumpulan jentera penyudah menyaksikan kedudukan 0-2 kekal hingga tamat babak pertama.



Aksi babak kedua, Kelantan FC tampil dengan aksi lebih menyakinkan apabila berjaya ‘merantai’ setiap pergerakan pemain Harimau Selatan.

Mental barisan muda Kelantan FC tidak mudah ‘koyak’ apabila acap kali berjaya melepasi benteng pertahanan pelawat menyaksikan penjaga gawang JDT Ahmad Syihan Azmi kelihat sedikit sibuk malam ini.

Bagaimanapun, kealpaan benteng tuan rumah dihukum pada minit ke-60 menerusi Forestieri sebelum Bergson Da Silva menambah gol keempat JDT minit ke-64.

Harimau Selatan terus menambah derita TRW apabila meledakan jaringan kelima pada minit ke-77 menerusi pemain gantian Akhyar Rashid.



Selepas itu, Kelantan FC kental bertahan sekali gus menyaksikan keputusan 0-5 itu kekal hingga tamat perlawanan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker