‘Lokasi sebenar Kaabah di Jordan’

The Ahmadi Religion ternyata sesat.


SEBAHAGIAN pengikut ‘The Ahmadi Religion of Light and Peace’ yang berkumpul di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu kota.

‘Lokasi sebenar Kaabah di Jordan’

Percaya kewujudan 12 Imam Mahdi, itu antara pegangan asas ajaran ‘The Ahmadi Religion of Light and Peace’ yang jelas menyeleweng daripada agama Islam.

Mereka juga percaya lokasi sebenar Kaabah terletak di Petra, Jordan dan bukan di Makkah, Arab Saudi.



Pergerakan itu menamakan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia yang diberikan taraf bishop sebagai ketua dan bertanggungjawab menyebarkan dakyah serta menguruskan pengikut mereka di negara ini.

Agama itu juga mempunyai pengikut dan bishop yang dilantik di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, Afghanistan, Thailand, United Kingdom dan Turkiye.

Menggunakan platform media sosial, gerakan itu cuba menyebarkan dakyah mereka menerusi video pendek yang antaranya jelas mempertikaikan Islam dan ulama.

Berdasarkan tinjauan di laman sesawang mereka, agama berkenaan diasaskan individu bernama Ahmad Ismail atau dikenali oleh pengikutnya sebagai Imam Ahmad Al-Hassan berasal dari Basra, Iraq.



Ahmad Ismail, 55, mengaku dirinya Imam Mahdi pertama daripada 12 imam yang kononnya dijanjikan untuk memimpin panji hitam dari timur dan mula menyebarkan ajaran itu sejak 2003.

Bagi meyakinkan pengikutnya, Ahmad Ismail mendakwa dia sudah meramalkan terlebih dahulu beberapa peristiwa besar termasuk penyebaran wabak Covid-19 dan peperangan Ukraine-Russia.

Kumpulan itu mula mendapat perhatian di Malaysia apabila beberapa individu mengaku sebagai pengikut ajaran terbabit berkumpul di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara, Sabtu lalu, untuk mempertahankan hak orang ramai mengamalkan gaya hidup lesbian, gay, bisekseksual dan transgender (LGBT).

Susulan itu, Harian Metro melaporkan lapan lelaki dipercayai pengikut ajaran terbabit ditahan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis kerana berhimpun sambil melaungkan kritikan terhadap mahkamah syariah dan polisi kerajaan berhubung isu LGBT.



Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam sidang medianya Isnin lalu berkata, kesemua suspek berusia 18 hingga 56 tahun dan hasil siasatan mendapati kebanyakan mereka sudah menyertai gerakan itu sejak dua tahun lalu.

Kejadian terbabit mendapat perhatian ramai selepas satu video berdurasi 48 saat dimuat naik pengguna TikTok yang memaparkan beberapa lelaki memegang plakad dengan ayat memberi sokongan ke arah gejala LGBT.

Penahanan mereka mendapat perhatian media antarabangsa di mana ada antaranya mengecam tindakan berkenaan kerana mendakwa ia melanggar hak asasi manusia.

Halaman Facebook The Ahmadi Religion of Peace and Light turut berkongsi beberapa artikel media tempatan berhubung penahanan berkenaan namun tidak memberi sebarang ulasan.



Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kes terbabit disiasat mengikut Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Menurutnya, sebarang usaha mempromosi serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan ajaran Islam dan fitrah insan seperti LGBT tidak boleh diterima sama sekali.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia kerana telah mengambil tindakan menyiasat kes tersebut.

“Pada masa sama, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melakukan siasatan terhadap kes tersebut di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,” katanya dalam kenyataan, malam kelmarin.



Menurutnya, usaha menyekat penyebaran fahaman songsang terbabit perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan bersepadu.

Beliau menasihatkan umat Islam agar terus berpegang teguh kepada ajaran agama serta menjauhkan diri daripada terbabit dengan apa jua ajaran dan fahaman bercanggah akidah, syariat dan akhlak.

Golongan pertikai hukum Allah boleh jatuh syirik, murtad

Umat Islam yang melakukan perbuatan bercanggah dengan ajaran al-Quran dan sunah boleh jatuh murtad sekali gus wajib bertaubat.



Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, perbuatan pengikut ‘The Ahmadi Religion of Peace and Light’ itu bertentangan dengan syarak kerana mempertikaikan hukum Allah terutama mengenai golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Apabila kita sedar dan faham bercakap sesuatu perkara yang melanggar syarak dan al-Quran, ertinya kita mencabar hukum Allah.

“Kalau dia seorang Islam, cakap-cakap atau perbuatan itu boleh menyebabkan dia murtad dan syirik kepada Allah.

“Sedangkan binatang pun tak buat macam itu, jadi menunjukkan tingkah laku itu bukan saja bercanggah dengan norma manusia, malah semua perkara kerana Allah jadikan lelaki dan perempuan memang untuk berkahwin dan bukannya sesama jantina,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai perbuatan pengikut ajaran ‘The Ahmadi Religion of Peace and Light’ yang mendakwa LGBT juga makhluk Tuhan dan tidak sepatutnya didiskriminasi serta tidak salah menjadi gay atau lesbian.

Mengulas lanjut katanya, bukan hanya melanggar hukum Allah, malah perbuatan itu turut melanggar undang-undang negara Islam.

“Kalau dia bukan seorang Islam pun, kena faham adat resam dan agama di Malaysia ini. Orang yang mengamalkan amalan (LGBT) juga salah dari segi undang-undang dan boleh didakwa dan dikenakan tindakan tegas.

“(Mereka) kena ingat perbuatan itu di dunia tak selamat, di akhirat pun sama. Jadi kalau orang itu adalah Islam, memang wajib bertaubat. Jangan sebab dia, orang lain juga akan ditimpa bala dan musibah kerana sejarahnya begitu,” katanya.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, amalan kumpulan yang bercanggah dengan hukum Allah dan norma kehidupan perlu dibanteras.

“Kalau dia orang Islam, sebagai mahkluk Tuhan dia kena patuh dan taat kepada perintah Tuhan dan menjadi hak kewajipan kita mematuhi undang-undang kerana sudah ditetapkan LGBT dilarang dan bercanggah dengan undang-undang, moral dan tatasusila hidup.

“Jadi, ada dua pendekatan iaitu kerajaan perlu ambil tindakan tegas menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada dalam negara kita.

“Pada masa sama, pihak berautoriti juga boleh menggunakan pendekatan dakwah kerana sebenarnya golongan ini perlu didekati dan diberi kefahaman contohnya mengenai ketuhanan dan hormati undang-undang,” katanya.

Isnin lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain dipetik berkata, lapan individu yang menyertai perhimpunan berkaitan hak LGBT di perkarangan kompleks beli-belah Sogo, Sabtu lalu sudah ditahan.

Hasil siasatan mendapati mereka ialah pengikut ‘The Ahmadi Religion of Peace and Light’ yang berfahaman hanya Tuhan boleh menjatuhkan hukuman ke atas manusia. HM

‘Lokasi sebenar Kaabah di Jordan’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen

Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG

Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker