3 lelaki dipanggil polis dipercayai cetus ketakutan di tadika

3 lelaki dipanggil polis dipercayai cetus ketakutan di tadika

Tiga lelaki dipanggil memberikan keterangan susulan laporan polis dibuat seorang pengusaha tadika berhubung perselisihan faham di antara mereka, berkenaan bunyi bising kanak-kanak yang belajar di tadika terbabit.

Rakaman video yang memaparkan kejadian tersebut turut tular dalam media sosial Facebook, hari ini, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi warganet.



Ketua Polis Daerah Seremban Nanda Maarof, berkata ketiga-tiga lelaki berkenaan dipanggil memberi keterangan dan siasatan lanjut dijalankan, selepas pengusaha tadika membuat laporan polis, hari ini.

“Difahamkan, perselisihan faham berlaku disebabkan jiran terganggu dengan bunyi bising murid tadika berkenaan yang sedang belajar dan ketika kejadian terdapat seramai 76 murid.

“Hasil perbincangan antara pengusaha tadika dan tiga individu terbabit yang dipanggil ke balai polis, mereka telah bersetuju supaya perkara ini tidak dipanjangkan,” katanya menurut laporan Utusan Online.

Sehubungan itu, Nanda berkata, pihak polis berharap perkara itu tidak lagi diperbesarkan dan penduduk di kawasan berkenaan dinasihatkan supaya bertenang kerana keadaan terkawal.



Beliau berkata, masyarakat juga diminta tidak lagi menyebarkan rakaman video kejadian yang berlaku kerana boleh mendatangkan rasa tidak tenteram penduduk.

Menerusi keterangan pada video yang tular di Facebook, dinyatakan tiga lelaki telah mengamuk di tadika terbabit sehingga menimbulkan ketakutan pada guru dan murid-murid.

Kejadian itu berlaku pada pukul 11.45 pagi dan suspek dikatakan telah menggunakan besi mengetuk pintu tadika, sambil mengeluarkan perkataan yang berunsur mengugut.

Berdasarkan keterangan video, punca mengamuk disebabkan bunyi bising murid-murid belajar. FMT



3 lelaki dipanggil polis dipercayai cetus ketakutan di tadika


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu



MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker