Hubungan sulit dengan ibu mentua, menantu ancam saman

Hubungan sulit dengan ibu mentua, menantu ancam saman

JAKARTA: Seorang lelaki warga Indonesia yang didakwa melakukan hubungan seks dengan ibu mentuanya kini mengancam untuk menyaman fitnah selepas isterinya mendedahkan butiran dakwaan itu di media sosial.

Bagi Norma Rismala, 21, tarikh 15 November tahun lalu adalah hari yang tidak dapat dilupakan kerana waktu itu, dia sudah hampir dua tahun berkahwin dengan Rozi Jay Hakiki, 21.



Namun, semua kebahagiaan itu musnah apabila sepupunya menelefon pejabatnya pada tengah hari, mendesaknya supaya segera pulang ke rumahnya di Serang, Banten.

Jiran yang curiga bertindak menyerbu rumah sewa pasangan itu dan menemui Rozi berada di sana bersama ibu Norma, Rihanah Anah, dalam keadaan berbogel.

Rozi bertindak melarikan diri sebaik jiran berkenaan masuk ke dalam rumah, manakala Rihanah bergegas mengambil pakaiannya.

Pasangan itu, yang kini bercerai, sebelum ini mengusahakan kedai mi berhampiran rumah sewa mereka.



Menurut catatan Norma mengenai kejadian itu di media sosial, jirannya menyedari Rozi menutup awal kedai pada hari itu dan kemudian berjalan pulang ke rumah sewa mereka, diikuti oleh ibu mentuanya.

Rihanah, 40-an yang menafikan sebarang hubungan sulit menyatakan dia hanya menanggalkan pakaian sembahyang untuk menikmati penghawa dingin berikutan cuaca panas di luar.

Kes itu mencetuskan kekecohan dan ketua masyarakat menjadi orang tengah antara keluarga pasangan itu untuk mencapai penyelesaian.

Norma menerima pampasan sebanyak 50 juta rupiah (RM14,250) atas tekanan yang dialaminya, termasuk calar sepanjang 16 sentimeter dan lebam di lengannya akibat dipukul bekas suaminya.



Kes itu nampaknya sudah reda sehinggalah keluarga Rozi menyedari Norma sudah menceritakan kejadian itu di TikTok, menarik beberapa juta tontonan.

Norma berkata dia tidak menyangka videonya akan menjadi tular, sebaliknya apa yang dilakukan hanya sekadar meluahkan kesedihannya.

Peguam Rozi, Jumadi, berkata dakwaan Norma dalam dua video itu tidak benar dan anak guamnya memfailkan aduan polis terhadap Norma kerana memfitnah, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam tahun dan/atau denda satu bilion rupiah (RM284,950).

Seorang peguam yang mewakili Norma berkata dia mungkin memfailkan saman balas terhadap Rozi kerana berzina, satu kesalahan yang boleh dihukum penjara.



Tangkapan skrin mesej teks kepada Norma daripada ibunya juga viral, antara lain, Rihanah memohon ampun kerana malu dengan skandal itu.

“Jika saya boleh memilih untuk mati, saya lebih rela mati untuk membahagiakan awak. Saya tidak mampu lagi,” katanya menerusi satu mesej. BH

Hubungan sulit dengan ibu mentua, menantu ancam saman

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar



Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker