Cukai pendapatan golongan kaya mungkin dinaikkan

Cukai pendapatan golongan kaya mungkin dinaikkan

Kerajaan berkemungkinan menaikkan cukai pendapatan golongan berpendapatan tinggi dalam pembentangan Belanjawan 2023, minggu hadapan.

Penganalisis AmBank Economic Research, Wan Murezani Wan Mohamad, bagaimanapun berkata pelarasan cukai pendapatan itu seandainya menjadi kenyataan, kuantum kenaikannya dijangka kecil.



“Menaikkan cukai pendapatan ini juga tidak akan cukup besar untuk melemahkan tahap penggunaan swasta kerana golongan berpendapatan tinggi mempunyai kecenderungan marginal penggunaan yang lebih rendah,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Berdasarkan tahun taksiran cukai pendapatan yang terakhir sebelum ini, banjaran cukai pendapatan tertinggi adalah kumpulan yang memperoleh pendapatan tahunan RM2 juta atau lebih, yang dikenakan cukai sebanyak 30 peratus.

Wan Murezani berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk mengembalikan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun mengakui cukai kepenggunaan itu kekal sebagai sistem percukaian yang paling telus serta cekap.

Beliau berkata, beberapa subsidi yang berkaitan dengan pengeluaran makanan dan program tunai juga dijangka dikekalkan atau ditambah baik dalam pembentangan semula Belanjawan 2023.



Kemungkinan subsidi yang disasarkan untuk bahan api dilancarkan juga ada, namun jika ia diperkenalkan, sebarang rasionalisasi subsidi perlu dilaksanakan secara berhati-hati bagi mengelak situasi inflasi yang melambung tinggi.

“Sekiranya tidak ada subsidi bersasar, mungkin mekanismenya boleh diumumkan dalam Belanjawan akan datang. Inflasi negara berada pada 3.9 peratus pada Disember 2022, masih tinggi jika mengikut perangkaan sebelum ini.

Seorang lagi penganalisis AmBank Economic Research, Azri Azhar pula berkata, bajet tahunan kali ini dijangka kekal cenderung ke arah belanjawan berbentuk pengembangan memandangkan ekonomi global sedang memasuki tempoh berdepan kemelesetan global.

“Di samping itu, katanya pemulihan berterusan ekonomi domestik turut akan dikekalkan kerana perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masih belum kembali sepenuhnya ke tahap pra-pandemik.



“Kami tidak fikir peruntukan itu jauh lebih tinggi daripada RM372.3 bilion yang diumumkan sebelum ini memandangkan kekangan fiskal yang ketat.

“Semua langkah mesra rakyat diharapkan dapat dikekalkan untuk memastikan permintaan domestik yang mampan memandangkan perdagangan luar yang lebih perlahan.

“Peruntukan semula daripada perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan dalam belanjawan asal ke arah menyediakan sokongan kepada PKS mungkin boleh dibuat,” katanya.

Semasa Belanjawan 2023 dibentangkan oleh kerajaan terdahulu, peruntukan sebanyak RM372.3 bilion disediakan, peningkatan besar daripada RM332 bilion bagi 2022.



Perbelanjaan kerajaan sebaliknya diunjurkan 4.4 peratus lebih rendah pada RM272.6 bilion, disebabkan oleh penurunan dalam pendapatan pelaburan dan cukai pendapatan petroleum.

Perbelanjaan operasi yang diperuntukkan adalah RM272.6 bilion, manakala perbelanjaan pembangunan sebanyak RM95 bilion.

Bagi perbelanjaan pembangunan, sebanyak RM54 bilion disediakan untuk aktiviti-aktiviti ekonomi.

Dalam usaha mengurangkan perbelanjaan operasi, subsidi dan bantuan sosial dikurangkan sebanyak RM16.9 bilion kepada RM42 bilion. BH



Cukai pendapatan golongan kaya mungkin dinaikkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara



Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker