Syed Saddiq kahwin sebelum PRU16

Syed Saddiq kahwin sebelum PRU16

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menamatkan zaman bujang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar menyatakan demikian kepada beliau di Parlimen hari ini.



“Tadi sempat berjumpa dengan YB Muar selepas perasmian oleh YDPA (Yang di-Pertuan Agong). Bila saya tanya bila hendak kahwin, saya kata jejaka handsome mesti kahwin cepat.

“Dia janji dengan saya, sebelum PRU16 dia akan kahwin. Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan YB Syed untuk mendapat jodoh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Idris berkata, Syed Saddiq selepas bergelar graduan selalu berkunjung ke pejabatnya di bangunan Parlimen semasa beliau menjadi Ahli Parlimen dari tahun 2013 sehingga 2018.

“Apabila orang hormat saya sekali, 10 kali saya hormat orang tersebut. Perbezaan parti, bangsa dan agama bukan halangan untuk saya bermesra dengan sesiapa pun,” katanya. K Online



Syed Saddiq kahwin sebelum PRU16

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara



Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker