Vida Belanja Duduk Bilik Hotel RM420,000 Di Mekah (Video)

Vida Belanja Duduk Bilik Hotel RM420,000 Di Mekah (Video)

Setiap kali 10 hari terakhir bulan Ramadan tiba, seluruh umat Islam di dunia akan mengambil peluang untuk membuat ibadah di Mekah.

Baru-baru ini Dato Seri Vida bersama dua anaknya, Cik B dan Kacak berpeluang untuk menyambut 10 hari terakhir Ramadan dan menyambut Hari Raya di kota suci itu.



Menerusi perkongsian video berdurasi 4 minit di TikTok Cik B, dia bersama ibunya membuat ‘room-tour’ hotel yang mereka menginap.

Ternyata bilik hotel yang didiami itu nampak mewah dan paling menarik sekali, ia mempunyai view menghadap Masjidil Haram menerusi tingkap bilik mereka.

“Berapa harga satu bilik ini?” tanya Cik B.

“RM420,000 kakak,” jawab Dato Seri Vida bersahaja.



Menurut netizen, hotel tersebut dikenali sebagai InterContinental Dar al Tawhid Makkah. Lokasinya betul-betul terletak bersebelahan Masjidil Haram.

Video itu menarik pelbagai reaksi netizen. Ada yang gembira melihat satu keluarga itu dapat menunaikan ibadah dengan gembira.

Namun ada yang berpendapat berbelanja sehingga ratusan ribu itu dianggap satu pembaziran.

Bagaimanapun seorang pengguna Facebook berpendapat tidak salah berbelanja mahal untuk mencari keselesaan untuk beribadah.



“Saya dari jauh nampak DSV dan keluarga kebetulan trip kami hari yang sama.

“Dan ramai saya jumpa menteri-menteri, artis-artis, tiktokers datang 10 akhir ramadan. Walaupun tidak lekang dengan telefon buat live, team rakam video buat content. Tapi kita ketika di sana belajar untuk bersangka baik dan fokus kepada ibadah kita sahaja.

“Tuan puan kena ada azam dan pasang niat dari sekarang. Walaupun kita bukan orang berduit,tapi sampainya kita di sana bukan kerana duit. Jika Allah jemput tiada siapa boleh menghalang,” ujar Muhammad Hassan.

Vida Belanja Duduk Bilik Hotel RM420,000 Di Mekah (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq



Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker