Semak Fakta Sebelum Ulas Tentang Peruntukan Segera Bencana Sabah- Nizam

Semak Fakta Sebelum Ulas Tentang Peruntukan Segera Bencana Sabah- Nizam

KOTA KINABALU: Semua pihak termasuk ahli politik diminta menyemak fakta sebenar sebelum mengulas tentang peruntukan segera bencana RM18.24 juta disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lepas.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata peruntukan itu hanyalah permulaan bantuan pengurusan bencana secara berterusan yang dijamin kerajaan Persekutuan.



Beliau berkata peruntukan itu adalah untuk keperluan segera pengurusan bencana termasuk COVID-19 di negeri ini, dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah telah menerima RM8 juta untuk bantuan bencana sebelum ini.

Nizam berkata kerajaan negeri telah mengemukakan permintaan peruntukan pengurusan bencana Sabah lebih RM200 juta kepada Ismail Sabri ketika mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara awal minggu lepas.

“Permintaan lebih RM200 juta itu membabitkan peruntukan kira-kira RM147 juta untuk baik pulih infrastruktur yang rosak akibat banjir, manakala kira-kira RM83 juta lagi untuk pengurusan bencana COVID-19.

“Perdana Menteri dalam lawatannya ke Sabah baru-baru ini juga memberi jaminan bahawa kerajaan Persekutuan akan memberi lebih banyak bantuan kepada Sabah,” katanya kepada Bernama hari ini.



Nizam berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dari DAP yang mempersoal kerajaan Persekutuan hanya memberikan RM18.24 juta untuk bantuan bencana di Sabah berbanding RM78 juta bagi membantu mangsa banjir di Kedah.

Beliau turut menasihatkan Chan supaya menyemak fakta sebenar tentang perkara itu sebelum membuat sebarang kenyataan.

Pada Khamis lepas (16 Sept) kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan RM18.24 juta kepada Sabah, yang disampaikan Ismail Sabri, bagi melancarkan proses menguruskan tindak balas bencana agar kebajikan rakyat yang terjejas di negeri ini sentiasa dipelihara.



Perdana Menteri berkata peruntukan berkenaan adalah bagi perolehan 2,000 unit Kit Makanan (RM160,000), pembelian 2,500 unit C-Tent (RM961,250), operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (RM20,000), operasi 22 daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana (RM1.1 juta) dan pengurusan operasi COVID-19 sebanyak RM16 juta.

— BERNAMA

Semak Fakta Sebelum Ulas Tentang Peruntukan Segera Bencana Sabah- Nizam


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS



Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker