KDN haramkan Buku ‘When I Was A Kid 3’, memudaratkan moral, kepentingan awam dan negara

Pengharaman penjualan buku novel grafik bertajuk ‘When I Was A Kid 3’ dilakukan kerana memudaratkan moral, kepentingan awam dan kepentingan negara dengan menimbulkan kebimbangan serta kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan berkata pengharaman buku itu juga dilakukan bagi membanteras penyebaran elemen yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Kerajaan ingin menyatakan komitmen yang berterusan dalam melaksanakan tindakan kawalselia penerbitan khususnya bagi mencegah penyebaran elemen, fahaman, dan gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan yang boleh mengancam keharmonian dan perpaduan nasional demi kesejahteraan bersama.



“Dalam hal ini, hasil penerbitan tersebut dikenakan tindakan Perintah Larangan kerana ia merupakan hasil penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan moral, kepentingan awam, dan kepentingan negara dengan menimbulkan kebimbangan dan kegelisahan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Diterbitkan pada 2014, buku berkenaan menceritakan pengalaman penulisnya, Cheeming Boey, 45 semasa kecil.

Boey merupakan warganegara Malaysia yang dilahirkan di Singapura dan bermastautin di Amerika Syarikat.

Pada Jun lalu, NGO Corong Rakyat mengepalai bantahan di luar Kedutaan Malaysia di Jakarta terhadap penerbitan buku itu.



Penunjuk perasaan membangkitkan satu bab dalam buku itu yang menggambarkan seorang pembantu rumah warga Indonesia di Malaysia sebagai monyet kerana kepantasannya memanjat pokok kelapa.

Bagaimanapun, Boey berkata, dia tidak berniat menyinggung perasaan sesiapa sebaliknya hanya memuji ketangkasan bekas pembantu rumahnya itu dalam melakukan pekerjaan.

Penjelasan itu ditolak rakan kartunis, Ahmad Noor Amin yang berpendapat adalah keterlaluan untuk menyamakan pekerja asing dengan monyet.

Meskipun secara prinsip tidak menyokong pengharaman buku berkenaan, namun Amin menegaskan bahawa kebebasan bersuara perlu datang bersama rasa tanggungjawab.



Sementara itu dalam kenyataan yang sama KDN hari ini memaklumkan telah mewartakan Perintah Larangan terhadap penerbitan buku itu melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 283 bertarikh 25 September 2023.

“Pewartaan Perintah Larangan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan tersebut adalah dilarang secara mutlak di Malaysia,” kata kenyataan itu.

KDN turut mengingatkan bahawa mereka yang melanggar peruntukan Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker