Helikopter bertembung:Arwah Leftenan Komander Wan Rezaudeen sepupu suami Eyra Hazali

Helikopter bertembung:Arwah Leftenan Komander Wan Rezaudeen sepupu suami Eyra Hazali

Pelakon Eyra Hazali mendedahkan salah seorang mangsa, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin yang terbabit dalam nahas helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, pagi tadi adalah sepupu suaminya.

Eyra yang juga isteri kepada pemain bola sepak, Haziq Nadzil membuat pendedahan itu menerusi Instagram.



“Al-Fatihah kepada semua yang terlibat dalam kemalangan helikopter.

“Salah seorang mangsa adalah sepupu suami saya, Leftenan Komander Wan Rezauden Kamal Wan Zainal Abidin,” tulisnya.

Menerusi hantaran itu, Eyra turut memanjatkan doa kepada mangsa korban yang lain.

“Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulisnya lagi.



Terdahulu, BH melaporkan nahas dua helikopter TLDM bertembung ketika raptai lintas hormat sempena Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada jam 9.03 pagi tadi.

Nahas itu mengorbankan 10 mangsa, masing-masing tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter jenis HOM-AW139 dan Fennec yang berlepas dari Padang Sitiawan, Perak. BH

Helikopter bertembung:Arwah Leftenan Komander Wan Rezaudeen sepupu suami Eyra Hazali

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?



‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker