‘Long Nan’ sokong sepenuhnya calon BN di Pelangai

Hanya calon BN, Amizar Abu Adam boleh menjual nama ‘Long Nan’ untuk berkempen, kata bekas menteri besar Pahang, Adnan Yaakob.

Adnan berkata demikian bagi menjawab pertanyaan media mengenai tindakan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli yang dilihat sering menggunakan namanya ketika berkempen.

“Malas nak cakap lebih-lebih, kalau cakap nanti terasa. Harap jangan jual nama saya.



“Kecuali boleh jual nama saya untuk calon BN, Amizar Abu Adam. Kalau nama saya masih lakulah,” kata Adnan ketika ditemui di Felda Kemasul, dekat Bentong, hari ini.

Dalam pada itu Adnan turut menafikan mengenali rapat Haslihelmy, yang merupakan bekas ahli Umno.

“Yang saya tahu atuk dia dan ayah saya sama-sama di Janda Baik dulu.

“Dengan ayah dia pun saya tak beberapa rapat apatah lagi dengan dia (calon Bebas) tapi (saya) kenal sebagai atuk dia, yang mana atuk dia sahabat arwah ayah saya sekampung, tak lebih tak kurang,” katanya lagi menjelaskan perkara itu.



Haslihelmy sebelum ini berkata dia membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas di Pelangai apabila BN mempertaruhkan Amizar.

Dia mendakwa Amizar bukan anak jati Pelangai dan tidak sepatutnya di angkat sebagai calon di situ.

Selain Haslihelmy, Amizar bakal ditentang calon PN, Kasim Samat.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Johari Harun dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.



Sementara itu, Amizar berkata dia merasa bersemangat dengan kehadiran Adnan bagi membantu kempennya di Pelangai.

Katanya, kehadiran Adnan yang juga dikenali sebagai Long Nan oleh masyarakat Pelangai sememangnya dinantikan.

“Saya sangat terharu, sangat bersyukur. Kita panggil itu sebagai ‘sifu’, tuan guru kita Tan Sri Adnan Yaakob.

“Di Pelangai ini orang panggil Long Nan. (Terima kasih) kerana sudi turun…sangat-sangat menaikkan semangat saya,” katanya ketika ditemui.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker