Nak emas, peringkat kumpulan pun tak lepas


Nak emas, peringkat kumpulan pun tak lepas

Hangzhou: Skuad hoki lelaki negara terlepas slot automatik ke Sukan Olimpik 2024 selepas impian meraih pingat emas di Sukan Asia 2022 tidak kesampaian.

Ini selepas skuad bimbingan Arul Selvaraj terkandas di peringkat kumpulan apabila terikat 4-4 menentang China pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Gongshu Canal Park, sebentar tadi.

Keputusan seri itu sudah cukup membolehkan China menjuarai Kumpulan B selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lima perlawanan sepanjang kempen peringkat kumpulan.



Susulan keputusan ini, ‘Malaysian Tigers’ akan bersaing bagi merebut kedudukan kelima menentang Pakistan.

Pada aksi itu, aksi sengit ditampilkan kedua-dua pasukan namun China memanfaatkan pukulan sudut penalti pada minit ke-13 untuk merobek gawang Malaysia menerusi Gao Jiesheng.

China mendominasi awal suku kedua sebelum Malaysia menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Azrai Aizad Abu Kamal (m18) namun China kembali di depan hasil jaringan Chen Qijun (m20).

Suku kedua bertambah rancak selepas Malaysia ‘menghambat’ China dengan gol penyamaan Ashran Hamsani (m25) untuk kedudukan terikat 2-2 sehingga tamat suku kedua.



Malaysia mendahului buat kali pertama apabila pukulan sudut penalti Amirul Hamizan Azahar (m35) membolosi gawang China namun kedudukan kembali 3-3 apabila Pan Dongquan menyempurnakan pukulan penalti (m36).

Kedua-dua pasukan menamatkan suku ketiga dengan keputusan 4-4 apabila gol padang Zhu Weijiang (m43) memadam gol keempat negara yang dijaringkan Faiz Jali (m35).

Tiada gol disaksikan pada suku keempat dan keputusan seri sudah cukup buat China bagi perlawanan malam ini. HM

Nak emas, peringkat kumpulan pun tak lepas



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker