Pembangkang hanya terima peruntukan dalam bentuk projek, bantuan terus – Rafizi

SHAH ALAM: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan kerajaan tetap menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang dalam bentuk projek-projek dan bantuan terus kepada rakyat di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, mana-mana Ahli Parlimen pembangkang yang mahu memohon peruntukan daripada kerajaan boleh terus mengisi borang dan nyatakan sebab permohonan itu dibuat.

“Kita buka seluasnya kepada mana-mana wakil rakyat tanpa mengira kawasan sekiranya mereka mahu memohon peruntukan daripada kerajaan.



“Mereka boleh terus isi dan tunjuk sama ada jambatan, jalan atau longkang perlu dibaiki. Jadi peruntukan itu memang akan disalurkan terus kepada rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial X pada Khamis.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, perkara yang dibangkitkan oleh pembangkang ialah mengenai peruntukan Ahli Parlimen untuk memohon wang bagi tujuan-tujuan politik wakil rakyat.

Mengulas lanjut, Rafizi memberitahu, kerajaan bersetuju untuk memberikan peruntukan, namun perlu melalui proses rundingan terlebih dahulu.

“Ini kerana ia melibatkan syarat-syarat untuk pastikan peruntukan tersebut selari dengan dasar tata kelola yang ditetapkan oleh kerajaan.



“Kita nak pastikan tata kelola itu kena (bersesuaian dengan permohonan) contohnya kerajaan beri RM1 juta tetapi peruntukan itu tidak sampai kepada rakyat. Akhirnya digunakan oleh Ahli Parlimen untuk buat program masing-masing,” ujarnya.

Sementara itu, Rafizi turut menjelaskan bahawa kerajaan sudah menghantar surat kepada pembangkang, namun tidak mendapat sambutan.

“Kenapa pembangkang tak nak mulakan proses rundingan? Adakah pembangkang takut dengan syarat-syarat tata kelola yang menghalang mereka daripada berbelanja sesuka hati bagi tujuan politik daripada peruntukan wang rakyat itu?” soalnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim



Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit

Jangan nanti malaikat maut pun kau maki



GV10: Sah Elly Mazlein undur diri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker