Muhyiddin semakin karam, semua parti tolak untuk bekerjasama dengan Bersatu

Rafizi Ramli membidas kenyataan Muhyiddin Yassin yang menyifatkan kenyataannya tiada kerjasama antara Pakatan Harapan dengan Perikatan Nasional sebagai pandangan peribadi.

Rafizi berkata pengerusi PN itu meremehkan kenyataan beliau sebagai timbalan presiden PKR dan ahli dalam Majlis Presiden PH.

“Katanya (Muhyiddin) itu pendapat peribadi saya, bukan keputusan PH. Yang jadi timbalan presiden dan duduk dalam Majlis Presiden PH adalah saya. Yang tahu apa keputusan PH dia,” kata Rafizi dalam kenyataan.



Rafizi turut mengingatkan Muhyiddin agar tidak memandang rendah pemimpin yang lebih muda sepertinya.

“Mereka (Perikatan Nasional) memandang rendah mereka yang lebih muda. Walaupun saya sudah berusia 45 tahun, telah berada dalam barisan kepimpinan sejak berusia awal 20an, di mata Muhyiddin saya hanya budak hingusan.

“Sebab dalam PN, orang muda ini fungsinya bukan untuk membuat keputusan. Fungsi pimpinan berumur 40an ke bawah dalam PN hanyalah mengikut telunjuk mereka yang dua atau tiga dekad lebih tua,” katanya.

Selain itu, Rafizi juga turut mengingatkan Muhyiddin bahawa keputusan PH untuk tidak bekerjasama dengan PN adalah muktamad dan menolak sebarang rundingan belakang tabir yang membelakangi keputusan yang sudah dibuat parti.



“Keputusan untuk memberi noktah kepada sebarang perbincangan bekerjasama dengan PN ini ialah keputusan Majlis Presiden PH yang terakhir.

“Keputusannya ialah PH akan menguatkan gabungan ini dan masuk PRU15 sebagai PH. Noktah,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin menyifatkan kenyataan Rafizi menolak sebarang bentuk kerjasama dengan gabungan itu sebagai “sekadar pandangan peribadi”.

Rafizi sebelum ini berkata, PH menegaskan, keputusan mereka untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan PN bagi menghadapi PRU15 adalah muktamad.



Katanya, ia sudah pun diputuskan menerusi mesyuarat PH, pada Rabu lalu.

Sebelum dari ini BN / UMNO menolak kerjasama dengan dengan Bersatu mahu PN. Malah mereka juga menolak untuk bekerjasama dengan PAS setelah PAS memilih untuk bekerjasama dengan Bersatu dan mewujudkan PN.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu



Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker