Pengantin terima hadiah kebun kelapa sawit

Sepasang pengantin baharu di Cilegon, wilayah Banten menjadi perhatian pengguna media sosial kerana menerima hadiah berupa 1 hektar kebun kelapa sawit daripada bapa saudara pengantin lelaki, lapor portal berita Wolipop semalam.

Berdasarkan video yang dimuat naik di platform TikTok, Kemas Andika dan isterinya, Angesty Prawidyasari diraikan dalam satu acara yang berlangsung di sebuah hotel.

Mereka kemudian dilihat menerima hadiah misteri berupa sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mitsubishi Pajero Sport berwarna hitam daripada nenek pengantin perempuan



Pasangan mempelai itu kemudian menerima satu lagi hadiah berupa geran tanah kebun  kelapa sawit seluas 1 hektar pemberian bapa saudara pengantin lelaki.

Menurut Kemas Andika atau lebih mesra disapa Dika, hadiah itu diberikan sebagai melengkapi mas kahwin yang telah diserahkan kepada Angesty iaitu 2 hektar kebun kelapa sawit.

“Kami baru tahu mengenai hadiah-hadiah itu pada hari ini (majlis perkahwinan). Kami amat terkejut melihatkan hadiah ini, namun ia adalah tanda sayang keluarga terhadap kami,” katanya. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X



Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa



Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker