Lawatan Anwar ke Arab Saudi amat berjaya

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan lawatan tiga harinya ke Arab Saudi telah berjaya membuahkan beberapa perbincangan terutamanya dalam bidang perniagaan antara kedua-dua negara.

Anwar yang turut diiringi isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau akan kembali ke Arab Saudi bagi meneruskan hubungan baik yang telah terjalin itu.

“Berlepas ke ibu negara bersama Azizah dan delegasi selepas mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi.

“Sebelum berangkat pulang, kerajaan Arab Saudi juga memohon agar saya melanjutkan lawatan ini bagi membolehkan beberapa pertemuan dengan pimpinan lain dilakukan.



“Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi, namun atas kekangan waktu dan jadual mendatang yang agak padat saya harus pulang ke ibu negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, Anwar telah mengadakan sesi lawatan rasmi buat julung kali ke Arab Saudi selama tiga hari.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan berkenaan dilakukan atas jemputan Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohamad Salman Abdulaziz Al-Saud.

Lawatan sulung beliau ke negara itu setelah menyandang jawatan ketua kerajaan ke-10 pada akhir tahun lalu, mencerminkan hubungan istimewa dengan Arab Saudi selama ini.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah



Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker