Wanita maut terjun kondominium

Seorang wanita warga asing maut, dipercayai jatuh dari bangunan di sebuah kondominium Jalan Sri Hartamas 1, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, wanita terbabit ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang ramai, yang kemudian menghubungi polis dan ambulans.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi, selepas menerima panggilan kecemasan, anggota polis bergegas ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan kepada mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa seorang wanita warga asing telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang turut tiba ditempat kejadian,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata, siasatan ditempat kejadian oleh pasukan forensik setakat ini tiada sebarang unsur jenayah berlaku.

Katanya, mangsa yang dijumpai dalam keadaan terbaring berpakaian lengkap dipercayai telah terjun dari sebuah unit rumah kediaman mangsa di tingkat 3 bangunan kondominium tersebut.

“Melalui pasport yang dijumpai dalam rumah, mangsa adalah seorang wanita warganegara Thailand berumur 45 tahun dan telah masuk ke Malaysia pada 24 Januari lalu menggunakan pas lawatan sosial.

“Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Polis masih menghubungi waris terdekat mangsa,” katanya.

Zairulnizam minta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai mangsa boleh menghubungi polis di talian 03-2297 9222 bagi membantu siasatan lanjut.

Beliau juga menyeru orang ramai untuk patuh SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengamalkan norma baharu memakai pelitup muka bagi menyekat penularan virus Covid-19. MG

Pelajar perempuan mati terjun bangunan kondominum Kepong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker