Kapal selam Titan bawa pelancong hilang berhampiran bangkai kapal Titanic

Sebuah kapal selam dalam ekspedisi membawa kumpulan pelancong ke dasar laut untuk meneroka bangkai kapal Titanic, dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.

Justeru, pasukan penyelamat Amerika Syarikat (AS) dan Kanada menggerakkan operasi besar-besaran bagi mengesan kapal selam di perairan tenggara Kanada.

Pengawal Pantai AS mengesahkan kapal selam yang hilang itu membawa seorang pengemudi kapal dan empat penumpang.



Jelasnya, kapal dikenali dengan nama Titan mempunyai keupayaan untuk menyelam selama 96 jam.

Oleh itu, AS dan Kanada mengerahkan pesawat dan kapal laut dalam usaha bersama mencari kapal selam tersebut.

Laksamana Pengawal Pantai AS, John Mauger berkata, kesemua aset itu melakukan pencarian di lokasi dilaporkan hilang, kira-kira 1,450 kilometer (km) dari timur Cape Cod dengan beberapa pelampung sonar ditenggelamkan bagi memantau kedalaman 3,962 meter.

“Ia merupakan kawasan terpencil dan ia menjadi cabaran besar untuk menjalankan operasi pencarian di sana.



“Kami mengerahkan semua aset sedia ada bagi mengesan kapal selam itu secepat mungkin,” katanya.

Menurut Mauger, pihaknya juga mendapatkan khidmat daripada kapal komersial bagi membantu operasi pencarian itu.

Sementara itu, syarikat pengendali kapal selam, OceanGate Expedition memaklumkan semua pilihan diterokai termasuk menggunakan aset sedia ada untuk mengesan dan menyelamatkan lima individu dalam kapal berkenaan.

Difahamkan, hartawan Britain, Hamish Harding merupakan antara empat penumpang berada di dalam kapal selam itu.



Titan dilaporkan terputus hubungan dengan Polar Prince yang menyokong kapal air itu, kira-kira sejam 45 minit selepas ia mula menyelam ke arah lokasi serpihan Titanic.

Ekspedisi itu yang menelan kos AS$250,000 (RM1.15 juta) bagi setiap orang, berlepas dari St. John di Newfoundland sebelum keluar kira-kira 640 km ke lokasi bangkai kapal di Lautan Atlantik.

Ekspedisi ke lokasi bangkai Titanic turut disertai ahli arkeologi dan ahli biologi marin. – REUTERS/AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?



Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi

Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis



Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker