Polis siasat kematian pelajar di Manjung

Polis menerima laporan kematian mengejut pelajar lelaki itu semalam selepas mengadu tidak sihat di sekolah pada Jumaat.

Polis siasat kematian pelajar di Manjung

IPOH: Polis menyiasat kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan 3 Sabtu lalu selepas dimasukkan ke Hospital Seri Manjung (HSM) pada 16 Jun.

Ketua Polis Manjung, Mohamed Nordin Abdullah, berkata pihaknya menerima laporan kematian mengejut pelajar lelaki pada 4.30 petang semalam selepas mengadu tidak sihat di sekolah pada Jumaat.



“Siasatan awal dengan pihak sekolah mendapati pelajar itu dilihat tidak sihat dengan berjalan menggunakan tongkat kerana mengalami kesakitan pada bahagian kaki sebelum menelefon keluarga mangsa untuk dibawa pulang.

“Keluarga pelajar kemudian membawa mangsa pulang ke rumah sebelum membawanya ke hospital setelah mendapati keadaan anak mereka semakin teruk. Keadaan mangsa semasa diterima di Jabatan Kecemasan adalah tenat dan diberikan bantuan pernafasan serta-merta dan terus dimasukkan ke wad rawatan rapi bagi penjagaan pakar pada 10.10 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

Nordin berkata, pihak hospital kemudian memaklumkan pelajar terbabit meninggal dunia pada 12.06 tengah malam.

“Pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan punca kematian mangsa akibat ‘Alute Massive Pulmonary Embolism’ atau darah beku tersumbat pada paru-paru.



“Polis membuka satu kertas siasatan bagi kes mati mengejut dan kita minta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian ini,” katanya. FMT

Polis siasat kematian pelajar di Manjung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

Janna Nick mohon maaf pada Ustaz Wadi



Bikers ‘Otak Kecil’ halang laluan disaman Polis

Restoran Salt Bae tidak laku kerana sering dapat ‘review’ buruk



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker