UMNO usulkan Jakim kaji cadangan pinda Perlembagaan

Umno akan meminta semua pihak berkaitan untuk meneliti cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan bgi memperkasakan undang-undang Syariah.

Timbalan presiden Mohamad Hasan berkata ia pihak tersebut termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.

Namun Mohamad menyangkal dakwaan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 sebagai memperkecilkan Islam mahupun sistem undang-undang Syariah.



“Tentang (cadangan) pindaan Perlembagaan…nanti kita minta agar Jakim dan meneri agama dan juga pihak-pihak yang berkaitan untuk lihat sama ada keperluan atau tidak.

“…Supaya ia tidak lagi berulang kerana ini akan mencemarkan sistem kehakiman atau perundangan Syariah itu sendiri.

“Padahal keputusan semalam langsung tak ada kaitan (berkenaan) memperkecilkan kuasa atau status mahkamah (Syariah),” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamad yang juga menteri luar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pembangkang agar kerajaan dan semua pihak terlibat berbincang mengenai pindaan Perlembagaan untuk memperkasa sistem undang-undang Syariah.



Ia selepas panel hakim Mahkamah Persekutuan dengan keputusan 8-1, membenarkan petisyen peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman untuk membatalkan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Mahkamah memutuskan badan perundangan Kelantan bertindak melebihi kuasa yang ada dengan menggubal enakmen yang bercanggah dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Namun, mahkamah hanya membenarkan pembatalan 16 daripada 18 peruntukan tersebut.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata kerajaan Kelantan sepatutnya merujuk Perlembagaan Persekutuan sebelum menggubal undang-undang itu.



Dia berkata keputusan semalam ekoran kerajaan Kelantan melangkaui bidang kuasa ketika menggubal undang-undang yang “bertindih” dengan peruntukan yang sudah ada dalam undang-undang persekutuan.

“Ini bukan masalah seperi ada orang kata ‘black friday‘…

“Di peringkat negeri, kita mesti faham negeri tidak boleh buat apa-apa perundangan yang bercanggah atau bertindih dengan apa yang sedia ada di peringkat persekutuan,” katanya.

‘Rujuk penasihat undang-undang negeri’



Membangkitkan pengalamannya ketika menjadi menteri besar Negeri Sembilan, Mohamad berkata dia akan merujuk kepada penasihat undang-undang negeri terlebih dahulu jika ingin menggubal sebarang enakmen jenayah atau Syariah, agar tidak bertindih dengan undang-undang jenayah di peringkat persekutuan.

Mohamad turut ditanya berkenaan bantahan Umno terhadap cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan Unesco.

Dia menegaskan pendirian Umno bahawa tiada keperluan untuk mencalonkannya.

Pada masa sama, dia yakin perbezaan pendirian itu tidak akan menjejaskan kerajaan persekutuan.



“Ini tidak akan menjejaskan apa-apa hubungan. umno menyatakan pendirian sebagai rakan dalam kerajaan perpaduan. Kita mesti saling menghormati pandangan rakan-rakan kita,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker