Mas Ermieyati ajak UMNO dan PAS ‘bertepuk amai-amai’ elak pertembungan 3 penjuru

SHAH ALAM – Seruan Pas untuk mengajak parti-parti Melayu bersatu padu bagi membentuk perpaduan ummah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak boleh sekadar disambut dengan sebelah tangan oleh semua parti bertanggungjawab.

Sebaliknya, Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin menggesa semua pihak termasuk UMNO supaya bersama-sama dengan Pas dan Bersatu untuk ‘bertepuk amai-amai’ bagi memastikan agenda penyatuan Melayu dan Islam berjaya direalisasikan.

Secara peribadi beliau bersetuju dengan agenda diperjuangkan Pas menerusi keputusan Majlis Syura Ulama parti itu baru-baru ini, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu juga mengharapkan kerjasama Bersatu-Pas-UMNO yang diterjemahkan dalam kerajaan Pusat, turut dicerminkan ke peringkat negeri.



“Saya berpendapat sudah sampai masanya semua parti Melayu di negara ini menyahut hasrat Pas bagi mewujudkan penyatuan ummah, sekali gus memastikan tiada pertembungan lebih dua penjuru pada PRU15.

“Namun, jika Pas sahaja bertepuk sebelah tangan, hasrat itu tidak akan jadi. Sebaliknya semua parti termasuk UMNO perlu berjiwa besar untuk sama-sama ‘bertepuk amai-amai’ bagi menyempurnakan hasrat penyatuan Melayu itu.

“Pada masa sama, agenda itu tidak boleh sekadar diterjemahkan di peringkat Pusat semata-mata, sebaliknya perlu dicerminkan di peringkat negeri,” katanya kepada Sinar Premium.

Khairy mahu UMNO dan PAS teruskan kerjasama



Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang menegaskan kepentingan untuk memperkasakan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU15.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, perundingan kerusi antara parti-parti Melayu-Islam perlu dilaksanakan semaksimumnya bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam PRU15 dan bagi mendapat kemenangan dengan majoriti besar.

Terdahulu, badan tertinggi Pas itu mengadakan muzakarah yang berlangsung pada Rabu bagi membincangkan hala tuju taawun siyasi dan misi Pas bagi PRU15.



Mengulas lanjut, Mas Ermieyanti mengambil contoh kedudukan PN di Melaka di mana dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Bersatu terpaksa berada di blok pembangkang, sedangkan PN dan UMNO adalah rakan kongsi kuasa di peringkat Pusat.

Tambah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) itu, setiap pemimpin parti Melayu perlu mengenepikan perasaan ego dan bersedia berkongsi kuasa di antara mereka kerana perkara itu yang amat diharapkan oleh majoriti pengundi Melayu dan Islam di negara ini.

“Saya secara peribadi menyokong hasrat Pas untuk mengekalkan kerjasama dengan koalisi MN dan PN kerana melalui cara itu dapat memastikan parti-parti Melayu memperolehi sebanyak mungkin kerusi Parlimen kelak,” katanya.

Mas Ermieyati ajak UMNO dan PAS ‘bertepuk amai-amai’ elak pertembungan 3 penjuru




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


“Majoriti Ahli MT UMNO Sokong Muafakat Nasional” – Presiden Pas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker