‘Banjir terburuk sejak hampir 50 tahun menetap di sini’

JEMPOL – Sebanyak 21 rumah penduduk di Felda Palong Satu dilanda banjir akibat hujan lebat lebih 10 jam pada Jumaat.

Pengerusi Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Palong 1, Johar Dollah berkata, beliau tidak menyangka hujan berterusan sejak pagi menyebabkan kediaman terlibat dinaiki air lebih kurang satu meter.

Menurutnya, kali terakhir banjir berlaku di kampung ini pada tahun 2011, namun ketika itu sekitar tujuh hingga lapan buah rumah sahaja terjejas.



“Kejadian banjir kali ini adalah yang terburuk berlaku sejak hampir 50 tahun saya menetap di sini. Saya memang tidak sangka air naik mendadak,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Palong Satu (F) pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Johar berkata, sebaik dimaklumkan oleh penduduk menerusi aplikasi WhatsApp, beliau segera meninjau kawasan terlibat, namun ketika itu hanya sebuah rumah dinaiki air.

“Warga emas orang kurang upaya (OKU) berusia 75 tahun bersama isteri, dua anak dan empat cucunya antara yang paling awal diselamatkan pasukan penyelamat kira-kira jam 3 pagi.

“Sehingga kini, seramai 96 mangsa daripada 19 keluarga masih ditempatkan di PPS SK Palong Satu (F),” katanya.



Sementara itu, Ahli Parlimen Jempol, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif berkata, setakat jam 4 petang Sabtu seramai 177 mangsa daripada 40 keluarga berada di empat PPS yang dibuka di daerah ini.

“Selain PPS Palong Satu, tiga lagi adalah PPS Kampung Datuk Johan, PPS Kampung Baru Rompin dan PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sialang.

“Kita juga akan menyegerakan bantuan wang ihsan RM1,000 kepada keluarga terjejas dan jumlah sebenar mangsa akan diketahui sebaik urusan pemindahan selesai,” katanya.

Mohd Salim yang juga Pengerusi RISDA turut melawat PPS SK Felda Palong Satu (F) pada Sabtu selain menyampaikan sumbangan makanan.



‘Banjir terburuk sejak hampir 50 tahun menetap di sini’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker