Long Tiger, 3 lelaki disambung reman dua hari lagi

Perintah reman terhadap lelaki dikenali sebagai “Long Tiger” yang ditahan semula di Sungai Petani, Kedah pada Selasa lalu disambung dua hari lagi bermula esok.

Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay dipetik Berita Harian sebagai berkata, perintah reman terhadap suspek berketurunan Rohingya itu disambung hingga 3 Jan ini.

Terdahulu, Abdul Hamim Ab Hamid, 32, yang lebih dikenali sebagai “Long Tiger” dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak bersama tiga lelaki lain berusia 36 hingga 46 tahun, termasuk seorang individu berperwatakan wanita, kerana dipercayai memberi perlindungan kepada suspek.



Perintah reman terhadap empat individu itu yang bermula 29 Dis lalu berakhir hari ini.

“Long Tiger” meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula 11.55 pagi 15 Dis lalu.

Dia terus menjadi buruan polis, manakala peguamnya Sharudin Ali menarik diri daripada mewakilinya.

Dua anggota polis turut ditahan tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden itu kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan tahanan melarikan diri.



Long Tiger, 3 lelaki disambung reman dua hari lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mas Ermieyati ajak UMNO dan PAS ‘bertepuk amai-amai’ elak pertembungan 3 penjuru



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker