“Majoriti Ahli MT UMNO Sokong Muafakat Nasional” – Presiden Pas

“Majoriti Ahli MT UMNO Sokong Muafakat Nasional” – Presiden Pas

MARANG: Majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyokong kerjasama Muafakat Nasional (MN) yang terjalin antara parti itu dengan Pas.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yakin usaha rundingan kerusi bersama UMNO mampu dicapai sekali gus bagi mengelak pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



“Saya difahamkan majoriti ahli MT mahu bekerjasama, jadi UMNO kena ikut pemimpinlah iaitu Majlis Kerja Tertinggi… bukan ikut (pendirian) bahagian-bahagian.
“Bahagian- bahagian ini akar umbi, lain cerita… kita tak boleh pakai demokrasi barat, kita ikut kepimpinanlah, majoriti kepemimpinan UMNO adalah bersama untuk kita bersatu,” kata Abdul Hadi ketika ditemui selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini.

Terdahulu, Muzakarah Majlis Syura Ulama Pas memutuskan untuk terus memperkasa MN dan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyatukan parti politik Islam demi kepentingan agama serta negara.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, Pas juga akan melakukan rundingan kerusi semaksimum mungkin bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

Sementara Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pula menjelaskan, sudah ada keserasian dengan gagasan MN dan kerjasama baik antara UMNO-Pas itu wajar diteruskan.-AA

“Majoriti Ahli MT UMNO Sokong Muafakat Nasional” – Presiden Pas

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker