Mursyidul Am Pas keluarkan ‘fatwa’ untuk pemimpin MN, PN

SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin hari ini mengeluarkan ‘fatwa’ supaya semua pemimpin parti dalam gabungan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak menjadikan media sebagai sebagai medan ‘perundingan’.

Beliau berkata, ahli pemimpin dan ahli parti termasuk semua parti dalam MN dan PN tidak sepatutnya menjadikan media arus perdana mahu pun media sosial sebagai medan untuk menyelesaikan sebarang krisis dan pertikaian antara kedua-dua belah pihak.

Katanya, sebaliknya semangat taawun siyasi hendaklah sentiasa disuburkan oleh pimpinan dan ahli parti-parti politik Melayu Islam dengan pertemuan bersemuka dan bermesyuarat secara berterusan.



“Mempekasakan MN dan PN adalah penting dalam usaha menyatukan kuasa politik umat Islam demi maslahah terbaik buat Islam dan negara. Semangat taawun siyasi dalam MN dan PN juga hendaklah sentiasa disuburkan oleh pimpinan dan ahli parti-parti politik Melayu Islam dengan pertemuan bersemuka dan bermesyuarat secara berterusan.

“Masing-masing hendaklah sentiasa berlapang dada, saling memaafkan dan mengelak daripada menjadikan media terbuka termasuk media sosial sebagai medium perantaraan bagi menyelesaikan krisis dan pertikaian,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Terdahulu, pada Rabu Hashim mempengerusikan Muzakarah Majlis Syura Ulama Pas bagi menentukan hala tuju taawun siyasi dan misi pilihan raya parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Malah, biarpun pemimpin tertinggi Pas dan UMNO sering berbeza pandangan menerusi kenyataan media berhubung beberapa perkara, namun Muzakarah Majlis Syura ‘Ulamak Pas pada Rabu memutuskan untuk terus berusaha untuk memperkasakan MN dan PN dari semasa ke semasa.



Hashim dalam kenyataan berasingan, hari ini menegaskan keputusan itu penting dalam usaha menyatukan kuasa politik umat Islam demi maslahah terbaik buat Islam dan negara.

Berikutan itu, Hashim berkata, perundingan kerusi antara parti-parti Melayu Islam perlu dilaksanakan semaksimanya bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan mendapat kemenangan dengan majoriti besar.

Kenyataan media Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin
Kenyataan media Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin

“Semangat Ta’awun Siyaasi dalam MN dan PN juga hendaklah sentiasa disuburkan oleh pimpinan dan ahli parti-parti politik Melayu Islam dengan pertemuan bersemuka dan bermusyawarah secara berterusan.

“Masing-masing hendaklah sentiasa berlapang dada, saling memaafkan dan mengelak dari menjadikan media terbuka termasuk media sosial sebagai medium perantaraan bagi menyelesaikan krisis dan pertikaian selari dengan perintah Allah dalam ayat 159 Surah Ali Imran,” katanya pada Khamis.



Sebelum ini media melaporkan Pas sentiasa bersedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak, bukannya terhad kepada UMNO sahaja demi mencapai matlamat perpaduan ummah.

Malah, Hashim dipetik sebagai berkata demi mencapai matlamat utama itu juga, Pas sanggup melupakan tindakan zalim UMNO terhadapnya sebelum ini untuk bekerjasama melalui MN.

Hashim berkata, tindakan itu adalah bagi mematuhi perintah ALLAH supaya ummah bersatu padu, bukannya berpecah belah sehingga musuh meraih kemenangan.

Mursyidul Am Pas keluarkan ‘fatwa’ untuk pemimpin MN, PN




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker