Pelakon Dan Pelawak Ebby Yus Bersyukur Paru-Paru Tidak Ditebuk Dan Keadaan Semakin Pulih

Pelakon Dan Pelawak Ebby Yus Bersyukur Paru-Paru Tidak Ditebuk Dan Keadaan Semakin Pulih

PELAKON dan pelawak, Ebby Yus meluahkan rasa syukur apabila kesihatannya semakin pulih dan doktor pakar memaklumkan paru-parunya tidak perlu ditebuk seperti dirancang sebelum ini.

Jelas Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, berkata, ujian imbasan sinar-X yang dibuat pada Isnin menunjukkan paru-parunya semakin pulih selepas lima hari mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Doktor pakar maklumkan pagi tadi, saya tidak perlu menjalani proses menebuk paru-paru bagi mengeluarkan air.
“Selepas lima hari mendapatkan rawatan, doktor kata paru-paru saya semakin pulih dan saya perlu jalani rawatan susulan selepas ini.

“Cuma saya belum pasti bila dibenarkan keluar hospital,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ditanya adakah dia kepenatan ekoran sibuk mengedarkan bantuan banjir sehingga dimasukkan ke hospital, figura berusia 56 tahun itu menafikannya.

“Sebenarnya saya ke hospital kerana mengalami cirit-birit, tetapi bila jalani pemeriksaan, doktor lihat paru-paru saya ada air.

“Itu yang saya terus ditahan untuk rawatan lanjut,” jelasnya.

Sebelum ini, Ebby menjadi antara artis yang terkesan akibat banjir selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat lenyap dibawa arus banjir.

Dek insiden yang tidak terjangka itu, impian Ebby untuk menduduki rumah yang dibina dengan kos RM200,000 tidak kesampaian.

Pada Oktober lalu, pelakon sitkom J.K.K dilaporkan pengsan selepas mengalami serangan jantung ketika dalam perjalanan menunaikan umrah dan ditahan di sebuah hospital di Maldives selama sehari.

Ebby sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit lemah jantung dan buah pinggang yang dihidapinya.-SH

Pelakon Dan Pelawak Ebby Yus Bersyukur Paru-Paru Tidak Ditebuk Dan Keadaan Semakin Pulih

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker