Malu apa Ketua Pembangkangku

Malu apa Ketua Pembangkangku

Ahli Parlimen pembangkang seharusnya mempersoalkan mengenai peruntukan mereka kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin yang didakwa menolak sebarang rundingan berkaitan hal itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata beliau kasihan dengan gelagat yang ditunjukan oleh Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu di dalam Dewan Rakyat beberapa hari lalu.



“Kasihan tengok gelagat Ahli Parlimen PN. Merengek dan terjerit-jerit minta Anwar Ibrahim bagi peruntukan khas kepada Ahli Parlimen pembangkang.

“Terdedah pekung di dada kerana duit peruntukan mahu digunakan untuk melawat orang mati dan menghadiri majlis perkahwinan.

“Perdana Menteri setuju bagi peruntukan selepas berunding dengan Hamzah selaku Ketua Pembangkang. Tetapi Hamzah menolak untuk berunding,” katanya daam satu hantaran menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.

Ketika sidang Dewan Rakyat pada Selasa lalu, Perdana Menteri mengingatkan pembangkang supaya tidak angkuh dan sombong untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan.



Malah Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan, pembangkang perlu berunding dengan kerajaan sebagaimana dilakukan ketika kerajaan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya mahukan dana seperti dibangkitkan.

Beliau menjelaskan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya turut ditugaskan untuk berunding dengan wakil pembangkang berhubung isu pengagihan peruntukan.

Selain itu, tiga Ahli Parlimen PN juga dilantik untuk mengadakan rundingan mengenai jumlah peruntukan yang bakal diterima Ahli Parlimen pembangkang.

Mengulas lanjut, Puad berkata sebelum ini rundingan seumpama itu sudah diadakan ketika dibawah pemerintahan Ismail Sabri Yaakob.



“Masa Ismail Sabri Perdana Menteri ke-9, Hamzah tidak bantah pun apabila diminta berunding dengan Anwar Ibrahim yang ketika itu Ketua Pembangkang.

“Sebab itu jangan bagi `outright grant’ atau masuk ke akaun Pusat Khidmat YB Pembangkang. Takut ada yang guna, ‘Wallahi saya undi PAS’.

“Ahli Parlimen PN patut tanya Hamzah kenapa tolak perundingan… yang penting dapat peruntukan. ‘Malu apa Ketua Pembangkangku’,” katanya. BH

Malu apa Ketua Pembangkangku



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia raba dada saya – Sarimah



Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi

Tudung Nelydia Senrose terbang?



Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker